Selamat datang

Blog
Pertama kali saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini masih diperingkat percubaan dan menggunakan template ini sekadar percubaan sementara tengah design template blog sendiri. 

Blog ini ditubuhkan sebagai pecahan daripada blog saya sebelum ini iaitu freeWEBcomic.com. Sejak tahun lepas, freeWEBcomic.com semakin banyak menyajikan berita-berita terkini tentang industri komik tempatan. Justeru itu, untuk tidak mengelirukan matlamat penubuhan freeWEBcomic.com iaitu mengumpulkan komik-komik online tempatan, sebuah blog baru khusus untuk berita-berita dan artikel menarik tentang industri komik malaysia ditubuhkan.

Insya-Allah, saya bercadang untuk kerap membuat preview komik-komik keluaran tempatan di ruang yang ada di sini. Di samping itu, jika tidak ada aral melintang, stesyen youtube kerajaankomik juga akan ditubuhkan. Diikuti dengan pelancaran dan jualan komik dibawah label ‘kerajaan komik’ di sini.   

Terima kasih dan harap korang subscribe dan datanglah ke blog ini lagi 🙂

Related posts:

Leave a Reply

Comment
Name*
Mail*
Website*