INKramadan: Cabaran melukis di Bulan Ramadan

Berita


Inkramadan merupakan satu cabaran melukis sehari 1 lukisan selama 29 hari berdasarkan tugasan yang telah disenaraikan.
CARA-CARA MENYERTAI;
1) Peserta hendaklah ‘create album’ dengan tajuk #Inkramadan di profil facebook anda sendiri dan tetapkan ‘privacy’ album tersebut kepada ‘public’.
2) Lukis lukisan (manual atau digital) dan post di facebook, dengan menggunakan hashtag inkramadan (#inkramadan), comicoreclub (‪#‎comicoreclub‬) dan hastag hari tugasan (‪#‎day01‬‪#‎day02‬‪#‎day03‬, dsb)
3) Setiap post dalam album #inkramadan perlu dikongsikan ke Group Comicore Club
4) Kalau ada yang tertinggal hari, bolehlah ganti dalam masa sebulan Ramadan.
5) Lukisan boleh juga di’upload’ ke twitter, instagram, blog dan sebagainya dengan menggunakan hashtag inkramadan (#inkramadan), comicoreclub (#comicoreclub) dan hastag hari tugasan (#day01, #day02, #day03, dsb)
APA KORANG DAPAT;
1) Terbuka untuk semua. Tak kira usia, bangsa dan negara. Termasuk muslim dan non muslim.
2) Penggunaan hashtag inkramadan ini digunakan oleh peserta-peserta terlibat tak kira dimana mereka berada. Jadi bila kita melukis dan post dengan guna hashtag ini, secara tak langsung lukisan kita akan tersusun sama baris dengan peserta-peserta lain.
3) Salah satu cara seronok untuk praktis melukis secara online dan berjemaah.
4) Di sini juga korang boleh mengambil peluang untuk berinteraksi dengan peserta lain.
5) Mana tau, lukisan yang kita buat mempunyai unsur-unsur dakwah yang membolehkan kita sama-sama mendapatkan pahala berlipat kali ganda dalam bulan Ramadan ini.
6) Sehari satu lukisan dan pada hari terakhir 29 Ramadan, korang boleh buat kompilasi karya2 inkramadan dan ada commercial value, boleh jual.
7) Rasai kehebatan gabungan seni + media sosial selama bulan Ramadan ini!
Jangan lupa untuk #inkramadan #comicoreclub ‪#‎dayXX‬

Related posts:

Leave a Reply

Comment
Name*
Mail*
Website*