Jualan komik indie, novel indie dan ‘original artwork di Maba Studio

Blog

31-Jan-2017 | Selepas selesai urusan di Soho Suite @ KLCC tempoh hari, saya terus ke pejabat Maba Azrul di Wangsa Maju. Tujuan saya ke sana adalah untuk menyambung perbincangan berkenaan ‘job’ yang kami dapat dan menyiapkan sebut harga.

Setiba di sana, alangkah terpegunnya apabila melihat studio beliau yang kemas tersusun banyak komik-komik ‘rare’, novel indie dan ‘original artwork’. Ditambah dengan haruman pewangi dalam studio itu. Antara komik komik yang terdapat disitu adalah, Jenama-X, komik-komik zine Comicore Club, Birat!, Yak bo tee, komik-komik Rentaka Comic dan banyak lagi. Antara novel-novel indie yang ada adalah keluaram daripada dubook press, kaukab dan banyak lagi.

Paling isitimewa yang tidak dapat ditempat lain adalah karya-karya ‘original’ daripada studio majalah ‘Lanun’ dan ‘Toin-toin’. Menurut beliau, karya-karya ‘original’ tersebut adalah karya yang telah dibuang oleh para kartunis ketika pejabat telah berpindah/tutup. Antara yang buat saya mengeletar lutut adalah karya ‘original’ daripada kartunis Tembakau.

 

 

Related posts:

Leave a Reply

Comment
Name*
Mail*
Website*