Sepahtu Reunion Lacurkan Lukisan Azhar Abdullah?

Berita

Terkini, kumpulan lawak popular Sepahtu telah menjayakan program Sepahtu Reunion di saluran Warna yang mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia, terutama sekali pelangan-pelangan Astro. Malangnya, kami para penggiat komik amat kecewa apabila mendapati ‘backdrop’ rancangan tersebut telah menggunakan lukisan komik/illustrasi dari komik Pendekar Melayur Terakhir karya Azhar Abdullah tanpa izin.

 

Aktiviti plagiarisme seperti yang dilaporkan di facebook ini bukanlah perkara baru bagi karya-karya Azhar Abdullah yang juga mantan Presiden Pekomik dan pensyarah UiTM ini, namun begitu perhatian dan tindakan serius perlu diambil bagi menangani epidemik harta intelektual ini agar tidak terus menular.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga; mendefinisikan plagiat sebagai mencedok kata-kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri, tiruan atau menciplak. Manakala menurut Wikipedia, plagiarisme ialah mengakui tulisan orang sebagai tulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri, menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa menyebutkan asal-usulnya.

 

 

Mungkin ada sesetengah pihak berpendapatan bahawa kegiatan plagiat tanpa izin bagus untuk promosi komik Azhar Abdullah. Tetapi adakah promosi percuma ini berkesan tanpa memberi apa-apa kredit kepada Azhar Abdullah? Adakah komuniti pelukis komik tempatan dinaikkan dalam program ini?

Malah, bukannya susah pun nak minta izin atau memberi kredit kepada pelukis sebenar dan tidak semestinya pelukis sebenar akan meminta bayaran untuk penggunaan lukisan beliau.

 

 

Kegiatan plagiat adalah budaya negatif dan amat merbahaya kepada industri kreatif tempatan jika tidak dibendung sebijak mungkin. Kegiatan tidak bermoral ini jika dibiarkan boleh menjadi barah kepada komuniti komik Malaysia yang kecil dan tidak terbela ini dan mampu meruntuhkan komuniti ini dalam jangka panjang tanpa kita sedari.

Sokong dan hargailah karya seni atau komik tempatan.

.

 

sumber:- https://www.facebook.com/azharUCabdullah, https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10211773413916739&set=a.1678065397408.145898.1410698034&type=3&theater & http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Related posts:

One comment to Sepahtu Reunion Lacurkan Lukisan Azhar Abdullah?

Leave a Reply

Comment
Name*
Mail*
Website*