Lengkuas’s Comic Shop @ Giant Hyper-mart, Batu Caves

Blog

6-Feb-2017 | Hari minggu ini saya tidak berkesempatan untuk balik ke Ipoh macam biasa kerana ada tugasan videografi perkahwinan di PJ dan Damansara.

Selepas selesai urusan, saya sempat singgah ke kedai jualan komik kartunis Lengkuas atau saya namakan sebagai Lengkuas’s Comic Shop. (Memandangkan lot jualan tersebut adalah untuk jangka masa panjang dan abang Lengkuas pun tidak letak apa-apa nama lagi. Hu3…) ┬áDisamping itu, saya jadikan nama tersebut sebagai tempat ‘check in‘ di media sosial. Harap boleh membantu perniagaan beliau yang semakin naik ini.

 

 

Apa-apapun, kepada kolektor-kolektor majalah dan komik tempatan mesti datang ke sini kerana banyak komik2 lokal seperti Jenama X, Skoolastik, Ujang, Bekazon, Apo?, Tik Tok dan banyak lagi komik2 terkenal. Anda semua boleh borong banyak-banyak kerana semua komik di sini dijual pada harga yang istimewa. Malah, boleh tawar-menawar jika pembelian secara borong.

 

Walaubagaimanapun, kehadiran saya di sini, bukanlah untuk membeli komik-komik beliau. Saya ke sini untuk berdiskusi dan berguru dengan beliau dalam arena komik dan kartun Malaysia. Antara topik kami adalah mengenai;

  1. Penerbitan komik CHOR
  2. Pekan Kartun #4 di Taiping – 8-9 April 2017
  3. Pengisian Hotel berkonsep Kartun Lokal di Perak
  4. …dan lain-lain

Harap semua urusan ini dipermudahkan.

Related posts:

Leave a Reply

Comment
Name*
Mail*
Website*