Peluang Berkarya Dalam Kompilasi Komik De Gwet Edisi ke 5

Peluang Berkarya Dalam Kompilasi Komik De Gwet Edisi ke 5

 

Rakan seperjuangan, Tuan IsDanial meneruskan projek¬†kreatif beliau dalam bidang komik lokal dengan De’Gwet edisi ke 5. Komik De’Gwet ke5 ini merupakan kesinambungan kepada edisi-edisi terdahulu; iaitu kompilasi karya-karya pelukis indie Malaysia menjadi platform kepada bakat-bakat baru untuk mempertengahkan bakat mereka.

Justeru itu, pasukan kreatif ini mempelawa semua penggiat komik indie Malaysia untuk turut serta mengirim karya dalam kompilasi jitu tersebut.

Untuk rekod, antara pelukis-pelukis komik yang pernah diangkat oleh De’Gwet adalah Adrian Ravenhart, Cocoon, Rani Wukong, Danial Haikal, Ahm Ahmad, Azizfaces dan banyak lagi.

Cuma 11 komik terbaik akan dipilih dan bernasib baik akan mendapat wang tunai RM 100, buku De’Gwet #5 sebanyak 2 unit dan T-shirt De’ Gwet.

Tarikh tutup 15 Febuari 2017.

Makluman lanjut di De’ Gwet Facebook¬†

.

Comments

  • De’Gwet : Platform Bakat Baru Komik Malaysia Sejak Tahun 2014 | Kerajaan Komik - Blog Picisian Seorang Penggiat Komik Malaysia | Feb 12,2017

    […] Antara projek terkini De’Gwet adalah untuk menyiapkan edisi ke-5. Untuk makluman lanjut boleh baca di Peluang Berkarya Dalam De’Gwet #5. […]

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *