Sessi Ice Breaking dengan team Visual Art Expo

Blog

Alhamdulillah malam tadi, selesai sessi sembang santai bersama dengan emcee tersohor dalam acara ACG (Anime comic cosplay games), Shaun Lopez dan Pengarah Projek Visual Expo, Fazri Nuha. Bertempat di Mc Donald, Kidzania, Mutiara Damansara.

.

.

Banyak perkara belajar dengan mereka berdua ni yang dikatakan telah terlibat dengan acara2 berkaitan ACG sejak 2006 sehingga kini. Bab yang paling seronok, mereka ini akan memberi sokongan penuh kepada Pekan Kartun #4. Di mana, InsyaAllah, Shaun Lopez akan menjadi juruacara untuk ‘sub-event’, Giant Chess Cosplay dan Cosplay Competition (Skit).

Selain itu, mereka telah memberi cadangan untuk turut menjayakan satu lagi acara ‘sub-event’ tambahan iaitu Chili Street Figthter Challenge. Buat masa ini masih di dalam peringkat perbincangan dan pastinya team Pekan Kartun amat berbesar hati untuk memberi laluan untuk pertandingan video games diadakan di Pekan Kartun #4 yang bakal diadakan di Taiping pada 8-9 April 2017 ini 🙂

Related posts:

Leave a Reply

Comment
Name*
Mail*
Website*