Trivia Komik Misi Budak Tahfiz

Berita

.

TRIVIA ‘MISI BUDAK TAHFIZ’:

Idea komik ‘Misi Budak Tahfiz’ (MBT) ini tercetus sejak tahun 2015 sebenarnya. Lebih tepat, pada 3 Oktober 2015. Tuan Nazry menghubungi saya dan bertanya soalan yang membuatkan saya terkedu.

“Kenapa tidak buat komik berkenaan tentang tahfiz dan tajwid?”

Banyak aspek yang saya fikirkan. Layakkah saya menulis berkenaan ilmu al-Quran yang mulia ini? Apatah lagi saya bukanlah seorang penulis.

Akhirnya atas rasa yang kuat untuk berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan yang ada sebagai tenaga pengajar sekolah tahfiz, projek komik ini dimulakan.

Tim MBT terdiri daripada 3 komponen utama iaitu penulis (saya), pelukis (Hanza) dan kaleris (Imanimex).

Proses yang paling memakan masa adalah proses penghasilan jalan cerita (storyline) dan penceritaan (story-telling). Saya cuba menggambarkan suasana kehidupan pelajar tahfiz sepenuh masa, dengan pengetahuan dan teknik menghafal al-Quran secara asas. Saya sangat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan tim yang komited dan hebat, dengan bimbingan Tuan Afiq Salam dan Tuan Nazry Salam.

Saya akui, banyak kelemahan dalam karya ini, apatah lagi kami mengejar deadline yang sangat ketat di samping kerja dan karier harian masing-masing. Namun bersyukur dengan izin Allah SWT, karya ini siap juga pada waktunya. Insya-Allah, konten dan penceritaan akan lebih dimantapkan lagi pada siri akan datang. Saya belajar dan akan terus belajar.

Hasrat saya, supaya pembaca dapat sedikit sebanyak pendedahan berkenaan cara dan falsafah kehidupan di sekolah tahfiz, sebab-sebab belajar membaca al-Quran itu penting dalam kehidupan di samping penambahbaikan ibadat harian, dan kaedah asas menghafal al-Quran.

PEMBELIAN TERUS DARIPADA PENULIS:

Yang berminat mendapat ‘Misi Budak Tahfiz’, saya buka preorder bagi menyantuni sendiri para pembaca MBT. Tiap pembelian akan saya usahakan tandatangan. InsyaAllah pengeposan akan dilakukan selepas selesai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

Harga RM15.00 termasuk pos (RM9.90 sekiranya ambil sendiri).

Sila Whatsapp nombor 011-31554186 bagi membuat tempahan.

Terima kasih atas sokongan semua.

Ahmad Syahmi,
Guru Tahfiz di Institut Tahfiz Al-Quran Al-Uthmaniah Sentosa, Maran Pahang,
Penulis ‘Misi Budak Tahfiz’ terbitan Komik-M (imprint PTS).

.

sumber:- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1599992463378407&set=a.384057251638607.91048.100001030051279&type=3&theater

Related posts:

Leave a Reply

Comment
Name*
Mail*
Website*