Kartunis Ujang diklepet Komik Upin-Ipin?

Berita

Dipetik daripada facebook Ibrahim Anon atau Ujang;

SEJARAH MAJALAH KOMIK UPIN & IPIN
________________________
Onam tahun yang lalu sobuah syarikat yang tidak di kenali dalam dunia penerbitan dan baru di tubuhkan serta tiada pengalaman terbit komik hantar wakil ko ghumah den mintak tolong ajar teghobitkan komik.Den sebona ey dah bosan dongan dunio penerbitan yang ponoh pengelepetan pada golongan artis.Tapi wakil syarikat tak beghonti datang ghumah dan merayu agar membantu.Den mintak 15k sobulan untuk buek kojo monyediokan konsep,buek pagination,ajar cagho nak apply permit kdn,rekemenkan pengedar,ajar kontrol printing dan monyusun sidang redaksi serta memantau perjalanan majalah.Tompi sobab syarikat baru….mereka tak mampu nak bayar dan menawarkan untuk bayar rm2k sobulan dan molantik den sobagai penasihat komik.Selopeh onam tahun bejalan dongan baik dan mereka dah pandai….minggu lopeh den pun di beghontikan 24 jam melalui talipun maso den on the way ke Tasik Kenyir.Giliran den pulak merayu ….tapi tak di layan sobab mereka dah tau nak buek sumo bondo tompo bantuan den.Takpo lah……den ucapkan selamat maju jayo dan kenang daku dalam doa mu.Amin

.

.

Satu lagi drama ‘habis madu sepah dibuang’ dibintangi oleh kartunis ‘living lagend’ tanah air, Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang mendakwa beliau sekali lagi menjadi mangsa syarikat penerbitan komik selepas dibuang kerja pada minggu lalu. Ujang mendakwa kali ini beliau menjadi mangsa syarikat penerbitan majalah komik Upin dan Ipin selepas bertungkus lumus menjayakan majalah yang menjadi kegemaran kanak-kanak tersebut.

Sememangnya bayaran gaji bulanan yang beliau terima agak kecil dan sepatutnya beliau mendapat gaji RM25k ke atas berdasarkan pengalam beliau yang merentasi zaman dan perberhentian kerja melalui SMS adalah agak biadap dan pengecut.

Kami berharap dan mendoakan supaya kartunis Ujang dapat terus tabah dan dimurahkan rezeki selepas ini. Serta pihak berkenaan tampil memberi penjelasan dan memberikan notis yang lebih bersopan kepada penggiat seni kreatif tanahair kerana kami pasti pihak syarikat penerbitan komik Upin dan Ipin juga mempunyai sebab tersendiri kenapa bertindak memberhentikan seseorang pekerja mereka.

 

.

Rujukan:- https://www.facebook.com/budakminang/posts/10210532640965870

Related posts:

Leave a Reply

Comment
Name*
Mail*
Website*