Komik Misi Tahfiz: Bila tahfiz boleh membuat komik?

Preview

Lama tak update blog ni. Sempena Ramadan, dengan besar hati saya nak kongsi pengalaman UNBOXING – membuka dan membaca ‘Komik Misi Tahfiz’ yang menjadi bestseller semasa Pesta Buku Antatarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL’17)yang lepas. Saya pre-order komik ini awal via ‘facebook’ dalam bulan April yang lepas.

 

Yes, sudah sampai di rumah Ipoh sejak beberapa minggu yang lepas, baru dapat peluang untuk membuka.

.

Cover depan.

.

Cover belakang

.

Yes! muka surat pertama, ada autograf ‘special’ daripada penulis komik ini, Ahmad Syahmi the man.

.

Antara yang cool tentang komik ini adalah, ‘team effort’ yang dimana barisan produksinya adalah idea oleh Nazry Salam & Afiq Salam, penulis – Ahmad Syahmi, pelukis – Hanza dan kaleris Imanimex.

.

Semua muka surat adalah berwarna dari mula sampai habis.

.

Komik untuk bacaan santai tetapi diselit dengan info sebenar dari penyelidikan yang mendalam team produksi.

.

Lukisan masih boleh dipertingkatkan lagi. Tetapi boleh tolak tepi buat masa ini kerana jelas ceritanya menarik dan sebuah komik yang luar kotak.

.

Kenapa korang mesti beli komik ini?

  1. Komik tentang tahfiz pertama di Malaysia.
  2. Komik yang dihasilkan secara produksi kecil yang menampilkan penulis, pelukis dan kaleris. Malah, gabungan antara lelaki dan perempuan yang jarang2 berlaku dalam komik tempatan.
  3. Komik yang terjual lebih 2,000 unit dan habis stok di PBAKL’17
  4. Komik berwarna penuh dan harga yang berpatutan.
  5. Kerana Tim Misi Nazry Salam akan hasilkan komik2 yang cool dan bestseller.

.

Kenapa korang tak mau beli komik ni?

  1. Mungkin korang rasa tak cool baca komik dakwah. Ingat korang dah rebel dan urban habis jadi geli2 nak layan komik dakwah.
  2. Mungkin korang tak sedar diri sendiri baru UP, tetapi asyik kutuk-kutuk karya orang lain je.
  3. Mungkin korang takde duit, biarpun boleh topup kredit telefon gadis pujaan hati.
  4. Mungkin korang duk cakap tentang ‘freedom’ ┬ásana sini, tetapi bila budak tafhiz mula melukis komik korang mula tak boleh terima pula.
  5. Korang konon-konon tak suka stroke ‘manga’ sebab tak Malaysia kononnya. Padahal, apa definasi stroke komik Malaysia sebenarnya? Sangat subjektif.

.

Maaf ter’emo sikit. Sekadar pandangan peribadi. Apa-apa pun buka minda dan biarkan kepelbagaian genre2 komik di Malaysia berkembang.

Sebagai penutup, saya harap kita sama-sama┬áteruskan support komik tempatan dan majukan lagi industri kreatif Malaysia dengan karya-karya bermutu, inovatif dan kreatif. Belilah komik ‘Misi Tahfiz’ ini.

 

 

 

Related posts:

Leave a Reply

Comment
Name*
Mail*
Website*