Kita semua adalah PEKOMIK!

Blog
  • Lagi cerita pengalaman saya bersama ‘scene’ komik di Indonesa iaitu di Pop Con Asia Jakarta 2015, Pop Con Asia Jakarta 2016 dan Pasar Komik Bandung 2017 (PAKOBAN6). Mereka mengelar kami sebagai Pekomik biarpun kami bukan lagi mewakili Persatuan Penggiat Komik Malaysia (Pekomik).
  • Bermula daripada tahun 2015, di Pop Con Asia Jakarta 2015, rakan-rakan Indonesia mengelarkan kami sebagai ‘Pekomik‘. Pada masa itu, saya rasa ok je sebab kehadiran kami diacara tersebut adalah dibawah usahasama Pekomik dan Port Ipoh (membawa jenama Pekan Kartun).
  • Pada tahun seterusnya, Pop Con Asia Jakarta 2016, sekali lagi rakan-rakan Indonesia kami mengelarkan kami sebagai ‘Pekomik‘, padahal masa tu kami datang bawah Comicore Club.
  • Akhirnya pada tahun ini, Pasar Komik Bandung 2017, rakan-rakan Indonesia masih lagi mengelarkan kami sebagai ‘Pekomik‘ biarpun pada masa tu kami membawa jenama ‘Pekan Kartun‘ di bawah Port Ipoh.

.

.

Pada tahun ketiga tersebut, saya pun bertanya pada salah seorang rakan Indonesia; “kenapa panggil nama kami ‘Pekomik’, kami bukan ‘Pekomik‘?

“Apa? Bukan Pekomik itu nama untuk Pelukis Komik Malaysia? Sepertinya kami memanggil pelukis komik di sini (Indonesia) sebagai ‘ komikus.'”

“Oh I see….”

Kesimpulannya, Pekomik telah menjadi amat sinonim kepada pelukis komik malaysia sehingga ia menjadi katanama untuk pelukis/penggiat komik Malaysia. Dengan itu, biarpun kita bukan lagi ahli Pekomik Malaysia, kita semua tetap Pekomik di mata industri kreatif.

.

.

 

Related posts:

Leave a Reply

Comment
Name*
Mail*
Website*