Tribute untuk Legend Yob Lengkuas

Blog

Teringat perbualan telefon kami pada tahun 2015 lepas…
M: ….boleh tuan datang Pekan Kartun 2 di kellie’s castle?
L: …ntahlah mior, aku tak taulah dpt pegi kat idok, byk keje ni…
M: Oklah fine, ‘star’kan? mana nk dtg event kat kampung ni. (berseloroh)
L: Ish kamu ni, awok mesti support punye. Ade keje sikit je. InsyaAllah dtg. Mase pekan kartun 1 aku dtg juga biorpun kena kluor duit sendiri.
M: Oh i see…
L: Yelah utk kartun dan komik di Perak aku support kamu dan Zam. kampung aku di Botekan.
Begitulah bermulanya sebuah teamwork dengan legend Yob Lengkuas. Banyak projek buat sama2 dan belajar dr arwah dalam masa perkenalan sejak tahun 2014.

.

.

.

Antara aktivit2 yg bersama dengan Yob Lengkuas;
1) Pekan Kartun 2014 – Port Ipoh
2) Pekan Kartun 2015 – Kellie’s Castle
3) Pekan Kartun 2016 – Port Ipoh
4) Pekan Kartun 2017 – Zoo Taiping & Safari
5) Lukisan kartun terpanjang @ Street Art Fest 2015 – Matic KL
6) Doodle on Van @ Port Fest 2015 – Dataran MBI Ipoh
7) Doodle on Coaster @ Mural 2016 – Dataran MBI Ipoh
8) Kotakomik @ Get Up! Kluang 2016 – Kluang Mall
9) Komik gergasi @ Pekan Kartun 2016 – Port Ipoh
10) Zoom Kartun 2017 – Summit USJ
11) Komik Chor – Masih dlm proses
12) Artwork utk Hotel Kartun di Sungkai – Masih dlm proses

Tiada ayat2 dpt disusun utk menulis betapa mulia & penuh dedikasi legend Yob Lengkuas. Malah ‘sms’ terakhir yang saya terima dr arwah pada 7/8/17 masih tentang kerja2 kartun dan komik di Perak.

Perjuangan beliau sehingga ke akhir hayat.

Al fatihah

 

 

.

 

Related posts:

Leave a Reply

Comment
Name*
Mail*
Website*