Spooky Toon @ Kellie’s Castle

Spooky Toon @ Kellie’s Castle, Batu Gajah telah anjurkan oleh Kellie’s Castle dengan kerjasama PEKOMIK, KAMI PELUKIS KOMIK dan D’Mara Hotwheels pada 12-13/10/19.

Sebuah acara mini Pekan Kartun bersempena promosi Kellie’s Castle Night Tour pada bulan Oktober 2019.

Menampilkan Pameran Lukisan Hantu Nusantara, Cabaran Doodle Hantu, Perlumbaan Hotwheels Seram, Permainan Papan Gergasi dan Jualan Vendor berkaitan seni kartun dan komik.

Spooky Toon telah dihadiri oleh lebih kurang 1,000 pengunjung yang terdiri daripada penggiat seni tempatan, pelancong domestik dan pelancong dari luar negara. Turut hadir, YDP Daerah Batu Gajah, Mohamad Razif Bin Ramli yang menyokong gerakan seni tempatan.

Acara utama adalah Pameran Lukisan Hantu Nusantara. Sebuah cabaran yang telah dibuat secara online di ‘facebook group’ KAMI PELUKIS KOMIK, di mana ia telah menarik lebih 300 penyertaan daripada seluruh Malaysia. Menampilkan lukisan karekter hantu nusantara popular seperti toyol, Pontianak, hantu galah, dan sebagainya.

Doodle Hantu adalah acara di mana pengunjung Kellie’s Castle akan melukis karekter hantu secara spontan dan di gantung di tempat khas untuk dipamerkan. Lukisan bertuah telah menerima hadiah berbentuk hamper di sessi penutup Spooky Toon. Terdapat lebih 100 pernyertaan selama 2 hari tersebut.

Perlumbaan Hotwheels menampilkan perlumbaan kereta-kereta seram jenama Hotwheels. Dua perlumbaan telah diadakan, iaitu Bone Shaker Car Race dan Freak Car Race.

Permainan papan gergasi telah mendapat sambutan daripada para pengunjung. Ditambah lagi dengan kehadiran cosplay-cosplay tempatan yang turut memainkan permainan papan gergasi tersebut.

Sambutan yang luar jangkaan terhadap Spooky Toon ini telah menarik minat pihak Kellie’s Castle untuk menganjurkan acara ini pada tahun hadapan sekali lagi. Spooky Toon ini adalah sebuah acara prelude sebelum berlansungnya Pekan Kartun D.I.Y yang bakal diadalah di Tanjung Malim, Perak pada 30.11.19 dan 1.12.19.

PENGHARGAAN UNTUK SEMUA
Terima kasih kepada krew kecik tapi cool Nizam Nizzkun dan Abu Huzaifah Saharuddin.
Salute pada big bos Godfather of Pekan Kartun Zamari Muhyi
Pencetus idea asal ChuOrn AbdRahman
Bantuan tak belah bagi dari penjaga istana; Bos Yuris, Alex Anyrozy, Own, Nasir, Faiz Smartjitsu Art dan tukang jaga pagor.
Rakan kerjasama yang hebat Kami Pelukis Komik @ Nik Hasmazi dan D’Mara Hotwheels @ Erwan Affendy Kamarudin
Cosplay team Hilmi and the gang.
Vendor-vendor cool, Syaz, Wan Chik, Hafiz Isa,dan GTXhobbies.
Semua rakan-rakan yang hadir dan ada support secara online.
Semua pengunjung yang telah menjadikan acara Spooky Toon sesuatu yang bermakna


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*