Hadiah Lumayan Sempena Cabaran Komik Online Malaysia 2019 (CKOM)

Sekali lagi pada tahun ini gerbang webkomik no.1 Malaysia, Matkomik menganjurkan Cabaran Komik Online Malaysia 2019 (CKOM) bersama dengan rakan strategik Komik-M (PTS Publication), Bookcafe.com.my, Expertees Apparel dan King Patin.

Matkomik merupakan laman web komik online yang mempunyai lebih 800 judul komik, lebih 400 pelukis komik dan trafik purata 10,000 pengunjung sebulan.

Manakala CKOM 2019 adalah merupakan sebuah acara tahunan yang telah dijalankan sejak 2014. CKOM menawarkan hadiah wang tunai, produk tajaan, baucer dan peluang bagi komik yang terbaik untuk diterbitkan syarikat penerbitan komik terkenal.

Selain itu, para peserta berpeluang juga jika bernasib baik, karya akan disiarkan dalam Matkomik yang mempunyai ramai pembaca dan 3 terbaik akan terpahat dalam Matkomik’s Hall of Fame.

Setiap tahun, Penyertaan CKOM mencecah lebih 100 penyertaan dan diadili oleh juri professional yang terdiri daripada pelukis komik ternama dan masih lagi aktif menghasilkan karya.

Para peserta perlu menghasilkan komik 10 mukasurat bertemakan Makanan atau Masakan. Mungkin ini antara sebab kali ini CKOM ada tajaan daripada sebuah restoran terkemuka di lembah klang, King Patin.

Untuk mengetahui lebih lanjut baca syarat & peraturan di sini. – >http://bit.ly/ruleCKOM6

Kepada semua penggiat komik, inilah peluang anda untuk mengetengahkan bakat anda. Sertai segera!

Makluman lanjut: – https://www.facebook.com/matkomik/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*