DKV: Bengkel Asas Komik di Pusat Pendidikan Al-Hidayah, Ipoh

Daie Kreatif Venture (DKV) merupakan sebuah organisasi pelukis-pelukis komik muda yang mengambil pendekatan dakwah dalam kesenian kartun dan komik. Kini diterajui oleh penggiat komik yang tidak asing lagi, Abeben dan Imanimex (Wada).

Terbaru mereka telah mengadakan sebuah bengkel asas melukis komik di Ipoh anjuran bersama IKRAM Ipoh, Daie Kreatif Venture & Pusat Pendidikan Al-Hidayah pada 3 Nov 2019.

Melalui komik, seseorang boleh memperolehi saham akhirat jika mempunyai mesej dakwah dan bermanfaat untuk masyarakat.

Malah, komik dakwah merupakan salah satu genre kartun dan komik yang popular di Malaysia dan juga Indonesia.

Bengkel tersebut menampilkan;

  • Kenapa komik dakwah?
  • Menulis skrip komik
  • Storyboard
  • Teknik melukis wajah & anatomi
  • Marketing & buat duit dgn komik

Bengkel ini telah dijalankan di bawah bimbingan penggiat komik dalam genre dakwah yang popular iaitu Imanimex, IF Moses & Paeh Design di media sosial seperti Instagram & Facebook.

Kami ingin mengucapkan Tahniah kepada DKV, penganjur bersama dan para peserta. Semoga terus memperjuangkan komik Malaysia.

Rujukan: https://www.facebook.com/daiekreatifventure/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*