Batik Girl – Filem Pendek Animasi Kebanggaan Malaysia

Batik Girl merupakan sebuah animasi 2D produksi kolabrasi hebat antara The R&D Studio, penulis Heidi Shamsuddin, Tudidut Studio dan Fakulti Muzik, UiTM.

Filem animasi pendek berdurasi dalam 9 minit itu sedang viral di youtube dan telah mendapat banyak pengiktirafan daripada serata dunia.

Batik Girl mengisahkan bagaimana seorang kanak-kanak yang kehilangan ibu ayah mencari semangat untuk memulakan hidup yang baru. Memaparkan tentang kasih sayang, keluarga, semangat terus berjuang dan menampilkan kehebatan seni batik tempatan.

Pada ketika menulis ‘post’ ini, Batik Girl telah memenangi animasi pendek terbaik di Festival de Largos y Cortos de Santiago di Chile, menerima Anugerah Emas dalam kategori antara rantau di Digicon6 Asia, Jepun ‘Honorable Mention in Audience Favorites award’ daripada Festival Animasi Florida.

Selain itu, filem animasi yang menyentuh hati ini turut tercalon dipelbagai festival lain di Amerika Syarikat, India, Greece, Iran, Kanada, Korea Selatan, Slovenia dan Italy.

Semoga seni kreatif Malaysia terus berkembang dan mengegarkan dunia!

Rujukan: https://aksiz.com/201934467/ & https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2019/11/17/award-winning-batik-girl-director-says-good-pool-of-local-talent-in-malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*