Kartunis Zunar Di Ipoh

ZUNAR @ 22 HALE STREET, IPOH
11 Januari 2020, 22 Hale Street telah menampilkan kartunis prolifik, Zunar. Zunar memberikan taklimat, demo lukisan kartun dan turut mempromosikan buku komik terbarunya, Kartun Anti Racism.

Taklimat atau talk telah disampaikan dalam bahasa Inggeris. Dihadiri oleh lebih 50 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai usia dan berbilang bangsa, Melayu, India dan Cina.

Zulkiflee Anwar Haque (15 Mei 1962) atau lebih dikenali sebagai Zunar adalah rakyat Malaysia yang juga merupakan kartunis Malaysia. Zunar menerima beberapa anugerah antarabangsa termasuk 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning dan terbaru anugerah hak asasi dari Yayasan Hellman/Hammett.

Biarpun ada sesetengah pihak nampak beliau agak rebel dalam karya, tetapi sebenarnya Zunar amat mengambil berat tentang hal ehwal pelukis dan supportive pada acara-acara komik lokal.

Talk ini telah dianjurkan oleh Sharpened Word yang akan diadakan secara bulanan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*