Dana Kreatif Perak 2019

Alhamdulillah, projek dokumentari saya dan Abu Huzaifah; Docu-Toon – 10 Kartunis Perak telah mendapat tempat dalam Dana Kreatif Perak. Baru-baru ini telah berlansung satu majlis rasmi pemberian Dana tersebut di Pejabat Menteri Besar Perak.

Majlis ringkas itu telah dipengerusi oleh Pengurus Besar Port Ipoh, Pn Hanim dan dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Perak, YB Tan Kar Hing. Menteri Besar tidak dapat hadir.

Dana pendahuluan daripada Pejabat Menteri Besar Perak berjumlah RM100,000 telah diterima oleh seramai 25 orang penggiat seni tempatan yang dipilih dan disaring melalui 78 permohonan diterima Port Ipoh.

Kerajaan Perak juga berjanji akan menambah lagi jumlah dana berkenaan bagi membantu seniman yang berkarya selama lebih lima tahun di negeri itu.

Kesungguhan Perak menyemarakan lagi kegiatan seni dengan memberi sokongan kepada pengiatnya haruslah dipuji.

Harap projek saya di bawah dana ini akan siap dengan sempurna dan dipermudahkan segala segi.

Rujukan:-

  • https://perakinsights.com/2020/01/22/25-penggiat-seni-dan-kreatif-tempatan-terima-dana-kerajaan-perak/
  • https://peraktoday.com.my/2020/01/inisiatif-dana-kreatif-perak-port-harus-dipuji/
  • https://www.malaysiakini.com/hiburan/508292
  • https://peraktoday.com.my/2019/11/port-lancar-dana-kreatif-perak-untuk-penggiat-seni-tempatan-negeri/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*