Taman Tema MAPS Perak akan dijual kepada China?

Taman tema pertama di Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS) telah ditutup pada 28 Januari lalu setelah beroperasi cuma 3 tahun sahaja.

Menurut sumber berita perdana, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak, telah maklumkan bahwa terdapat dua pelabur terdiri dari Malaysia dan China berminat untuk mengambil alih taman tema MAPS.

Pelabur- pelabur tersebut sedia mengeluarkan belanja yang besar untuk membesarkan lagi taman tema MAPS mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sebelum ini, timbul spekulasi dimana penutupan MAPS berikutan tanggungan kos kerugian setiap tahun yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Perak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*