Direktori Penggiat Komik & Kartun Perak

Sebuah projek bukan bermotifkan keuntungan untuk mengumpulkan data-data penggiat seni Perak kategori komik dan kartun.

Objektif: Mengumpul data-data penggiat komik dan kartun Perak secara keseluruhan.

Misi dan Visi

  • Dedikasi khas untuk penggiat komik dan kartun yang banyak berjasa dalam perkembangan seni negeri dan negara.
  • Menghasilkan sebuah direktori khas pelukis komik dan kartunis untuk dibukukan bagi rujukan generasi kini dan akan datang
  • Menghasilkan sebuah direktori semua penggiat komik dan kartun yang mudah akses melalui internet.
  • Memudahkan untuk dihubungi dan secara tidak langsung boleh membantu menambah peluang mendapat jemputan atau kerja.
  • Mengadakan perhimpunan penggiat komik dan kartun di Perak.

DAFTAR SEGERA!

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami menyediakan 3 cara mendaftar iaitu secara online, e-mail dan pos;

Secara online: – https://forms.gle/ZT5oEB5T16sn9BzS7 (Perlu mempunyai akaun google (g-mail)

Secara email;

  • Sila muat turun borang di sini -> GDRIVE atau 4SHARED
  • Cetak dan isi borang
  • Scan atau imbas borang yang telah di isi.
  • Hantarkan ‘borang yang telah diimbas’, foto dan contoh lukisan secara e-mail ke kerajaankomik(a)gmail.com

Secara Pos;

  • Sila muat turun borang di sini -> GDRIVE atau 4SHARED
  • Cetak dan isi borang
  • Borang boleh dihantar secara Pos ke-

Sahabat Komik Creative Solution.
Bilik No.11, Tingkat 2,
No.240, Jalan PPMP 3/4,
Pusar Perniagaan Manjung Point 3,
32000 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.

*Segala data-data akan disimpan rapi dan uruskan dengan intergriti dan berhemah. Kami tidak akan menjual dan berkongsi data-data yang dikumpul kepada mana-mana pihak.

Makluman lanjut, sila hubungi Encikmeor 013 310 0020 / Abu Huzza 019 542 3826 atau email ke kerajaankomik@gmail.com


CONTOH (DRAFT) BUKU DIREKTORI YANG DICADANGKAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*