COVID-19: Penerbitan Marvel Comic dan DC Comic Dihentikan

Pada bulan April 2020 ini, gergasi penerbitan komik Amerika Syarikat (AS), Marvel Comic dan DC Comic telah mengumumkan penangguhan kepada penerbitan komik-komik keluaran terbaru pada bulan ini.

Penangguhan ini adalah berikutan dengan pengumuman oleh agensi pengedar komik antarabangsa, Diamond untuk menghentikan pengedaran komik-komik kepada pasaran disebabkan ‘lockdown’ akibat daripada pendamik Covid 19.

Penangguhan ini juga telah termasuk penerbitan komik secara digital oleh Marvel Comic dan DC Comic. Malah filem terbaru Marvel’s Black Widow dan DC’ Wonder Woman telah ditangguhkan untuk tayangan.

Coronavirus atau Covid 19 telah menjadi tahap pendamik seluruh dunia memberi impak kepada pelbagai industri termasuk industri komik. Kami harap pandemik ini akan selesai secepat mungkin.

Rujukan: https://www.cnet.com/news/marvel-and-dc-grind-to-a-halt-due-to-coronavirus-lockdown/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*