Apa itu Inkramadan?

Inkramadan 2020 / 1441H

1) Inisiatif bukan bermotifkan keuntungan ini bermula sejak tahun 2015. Diasaskan oleh kumpulan yang sama menguruskan Inktober Malaysia.

2) Objektif Inkramadan adalah untuk memeriahkan Ramadan kita dengan kartun/lukisan yang berisi di media sosial. Melalui cabaran 1 lukisan 1 hari sepanjang bulan Ramadan.

3) Disertai oleh peserta daripada Malaysia, Indonesia dan Brunei (yang dikenalpasti) termasuk peserta Muslim dan non Muslim. Inkramadan TERBUKA untuk semua.

4) Pameran Inkramadan pernah diadakan di Summit Usj Subang (2017) dan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya (2017 & 2018).

5) Pada tahun 2020 ini, Inkramadan dikuasakan oleh;
Comicore Club
Buasir Otak: The Komik
Daie Kreatif Venture (DKV)
Iqomic (Indonesia)
Sako Plus
Trilog

Disokong oleh Pekomik, Animas, Pekan Kartun dan Matkomik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*