Author freewebcomic

Pekan Kartun @ Port Fest 2015 | 5-6 Disember 2015 | Dataran Bandaraya Ipoh


Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik
1) Live doodle atas Urban Mobile Office CAM @ Van
2) Pelancaran komik Yob Peon
3) Bengkel kartun, komik dan animasi PERCUMA
4) Jualan dan pameran komik rare & limited edition
5) Tayangan animasi
6) Sessi Drink n draw
7) Karikatur
8) …dan banyak lagi!!!!
Artist line up:
Boy PJ, Lengkuas, Kerengge, Nayan, Bophairy, Amir Hamzah, Rani Wukong, Danial Haikal, Abdul Aziz, Abu huzaifah, Mior Muneer, Ayong, Own, Acai, Imran, Wanchik dan Ongkoi.
Bakal menggabungkan kartunis, pelukis komik dan animator dari pelbagai generasi dan genre. 🙂
Tentatif program
Sabtu (5/12/15) – Live doodle & sessi drink & draw
Ahad (6/12/15) – Bengkel komik,kartun,animasi dan pelancaran komik Yob Peon (lengkuas)

Tags, ,

Akan Datang: Inktober Malaysia 2015 #inktobermalaysia

.
Untuk maklumat lanjut, sila layari;
https://www.facebook.com/inktobermalaysia
http://mrjakeparker.com/inktober

Tags,

Play Time @ Kluang Mall

Sempena cuti sekolah ini.
Jom ramai-ramai 😉
#pekomikcomicoreclubanimas

Tags,

Comicore Club @ JB Writers and Readers Festival 2015 #JBWRF #JBAF2015


Temui Comicore Club di Johor Bahru Writers & Readers Festival pada 11-12 Sept 2015 ini. Komik-komik indie (self publish comic) di event buku-buku indie 🙂
1) Jualan komik-komik

2) Sessi di atas pentas

3) Karikatur

4) Menampilkan Rani Ahmad, Abdul Aziz dan Danial Haikal.

Tags, ,

Video Comicore Club Battle #2: Perwira Bumi ( Tribute to Malaysia National Day 2015 #sehatisejiwa )

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=sHuaQXRdSA8]

Tags, , ,

Comicore Club: Bengkel Comicoaching @ Uptown Danau Kota, Kuala Lumpur

BENGKEL COMICOACHING 2015!
Buat julung kalinya, Comicore Club bakal menganjurkan BENGKEL COMICOACHING yang memberi pendedahan tentang ILMU KOMIK, menerbitkan komik sendiri dan bersembang bersama penggiat aktif industri komik di Malaysia!

Tarikh: 5 September 2015 (Sabtu)
Lokasi: 4-2 Jalan 5a/6 Taman Setapak Indah, 53300 Kuala Lumpur (Berhampiran Danau Kota)
Waktu: 10.00 pagi – 5.00 petang

Apa yang anda dapat dengan menyertai bengkel ini?
• Membantu anda untuk meningkatkan kemahiran sedia ada melalui pemahaman teknik-teknik utama di dalam penghasilan komik.
• Pemahaman tentang set skil yang anda diperlukan dalam penghasilan komik.
• Memberi anda pengetahuan dan kaedah dalam menerbitkan komik SELF-PUBLISH sendiri.
• Pendedahan berkaitan senario di dalam industri komik bersama mereka yang terlibat secara aktif di dalam industri komik.
• Pengetahuan untuk menjana pendapatan melalui seni kartun dan komik di Malaysia.

Perkara yang anda perlu tahu untuk menyertai bengkel ini:
Untuk menyertai COMICOACHING, anda perlulah mempunyai asas kemahiran melukis. Fokus kami adalah untuk anda:
• Memahami ILMU KOMIK
• Memberikan anda set skil yang diperlukan
• Teknik menghasilkan komik anda sendiri.

Berminat? Daftarlah segera!
YURAN PENDAFTARAN: RM 99.00 SAHAJA!

Untuk mendaftar, hantar “ON COMICOACHING” ke:
SMS / WHATSAPP: +6019 278 0120 / +6012 571 3503 
FACEBOOK MESSAGE: Danial Haikal / Mior Azhar
EMAIL: comicoreclub@gmail.com

TERHAD UNTUK 25 ORANG PESERTA SAHAJA!
Langkah-langkah pendaftaran:
1) SMS / WHATSAPP / PM / EMAIL tagline “ON COMICOACHING” kepada kami.
2) Anda akan dapat reply daripada kami beserta cara pembayaran.
3) Tunjukkan bukti pembayaran melalui SMS / WHATSAPP / PM / EMAIL kepada kami. Sertakan NAMA ANDA, NAMA BANK dan NO. RUJUKAN PEMBAYARAN BANK.
4) Kami akan berikan link untuk anda mendaftar secara RASMI!
5) Selesai.

Tags, ,

PERCUMA: Comicore Club Website Apps

Tags,