Category Berita

Malaysia Sertai International Comic Artist Conference (ICC)

Terkini, Malaysia yang diwakili gabungan Pekomik+漫人堂 Comicker Union+Comic Fiesta telah diterima sebagai salah satu negara ahli ICC – International Comic Artist Conference. 

ICC adalah merupakan konvensyen tahunan penggiat komik antara negara-negara Asia Pasifik yang berpusat di Korea Selatan. Turut disertai oleh Jepun, Taiwan, China, dan sebagainya.

2019, kami bercadang untuk menghadiri ICC yang dijadualkan berlangsung di Jepun dan akan berusaha untuk jadikan Malaysia sebagai tuan rumah ICC 2022.

Malaysia bangkit!

Tags, , ,

Comic Fiesta 2018

I remember chatting with some fellow friend of comic activist from Indonesia, they told me that Comic Fiesta (CF) is the biggest animation, comics and games (ACG) in South East Asia.

Personally, I had joined Comic Fiesta (CF) as exhibitors, media and visitors. Under TupaiTV (as media shooting for NHK), Pekomik and Comicore Club. Hence, I’d never missed to join CF since 2014. 


Malaysia’s Comic Fiesta (CF) is one of Southeast Asia’s largest and longest-running animation, comics and games (ACG) event. CF had gather tens of thousands of comic artists, illustrators, cosplayers and fans of the culture every year!

For the record, CF having gathered over 55,000 artists, cosplayers and fans in 2017. The 2018 is set to be its craziest and greatest one yet!

Day One: 22 December 2018 (Saturday)
Day Two: 23 December 2018 (Sunday)

10:00am – 7:00pm

Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

source: https://www.comicfiesta.org/about-comic-fiesta/

Tags, , , ,

Nostalgia Anak Kampung Bersama Kartunis Mie

Tak tahu nak ke mana musim cuti sekolah?


Jom ke Muzium Negara!

Ada pameran NOSTALGIA ANAK KAMPUNG yang sesuai dihadiri oleh seisi keluarga. Bermula pada 10 Disember 2018 dan berakhir 10 Januari 2019.

Antara yang menarik dalam pameran ini adalah pameran karya-karya COOL Kartunis MIE yang seiring ‘genre’ Nostalgia dan IMBAUAN. Terdapat  lebih 100 karya kartunis MIE buat tatapan pengunjung.

Istimewa pada Ahad ni @ 16/12/18, anda boleh bertemu dengan kartunis Mie dan beli dua edisi terkininya sambil dapat autograf bertempat di lobi utama Muzium Negara.

Siapa kartunis Mie?
– Kartun pertama terbit dalam majalah hiburan pada tahun 1976 ketika usianya cuma 15 tahun
– Mula melukis secara serius dalam majalah BATUAPI pada tahun 1984.
– Kartunis tetap di Mingguan Malaysia sejak tahun 2014 sehingga kini.
– Memegang Ijazah Sarjana Muda Senibina dari UTM dan diiktiraf sebagai Arkitek Professional dan Lembaga Arkitek Malaysia.
– Sehingga kini telah menghasilkan 6 buku komik. Antara yang mendapat perhatian adalah Imbauan dan Apa Cerita?

Jemput datang!

Sumber: https://www.facebook.com/hilmyabdullah

Tags, , , ,

Tribute untuk kartunis Onan

14/12/18, komuniti komik Utara tanahair – Sempoi bersama kartunis Halia, Khairil Bear (Naib Setiausaha Pekomik) dan Azahari (Ketua Biro Kolektor Pekomik) telah melawat kartunis Onan@Nangka Sani yang baru menjalani pembedahan kerana penyakit kencing manis.

Justeru itu, kami memohon semua peminat dan penggiat komik dan kartun untuk memberikan sumbangan ikhlas utk membantu beliau.

Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun ini;
No. Account BSN -0212641000048193
*ADNAN ABDULLAH SANI*

Semoga semua akan dipermudahkan dan diberi kekuatan.

Tags,

Malam Apresiasi Rekabentuk Kuala Lumpur 2018

4/12/18, Pekomik telah menerima penghargaan dari Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan sempena kerjasama strategik ketika Kuala Lumpur Design Month 2018 pada Malam Apresiasi Rekabentuk Kuala Lumpur 2018 di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

Turut hadir adalah Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Samad, kartunis antarabangsa Zunar dan pelbagai wakil-wakil daripada industri kreatif lain.

Semoga kerjasama erat antara Pekomik-Dewan Bandaraya Kuala Lumpur diteruskan dan seni kreatif kartun, komik dan animasi terus diangkat.

Nantikan kemunculan Toon KL edisi kedua tahun depan!

Pekomik Bangkit!

Tags,

Its a warp! Cabaran Komik 24 Jam – Pekan Kartun Pangkor 2018

CABARAN KOMIK 24 JAM – PEKAN KARTUN PANGKOR 2018
Terima kasih atas penganjuran bersama Port Koloni Karyawan Amanjaya dan team Pekomik.

1) Salute Tuan Pengurus Besar Port Ipoh & Godfather of Pekan Kartun, Zamari Muhyi dan team Port ipoh. – antara pengurusan event professional terbaik di Malaysia.
2) Terharu dengan team Pekomik yang sama2 bekerja keras, tak cukup tidur & jalan jauh. 
Abu Huzaa TBG (man of the event – siap tidur tepi pantai lagi macam malique & joe flizzow),
Roseman (non-stop Rajin),
Gayour (mahaguru yang mencemar duli turun padang),
Azhari (official photographer dari Sungai Petani),
Azrul Aloy (penyelamat di saat kecemasan), dan
Amna Shark (penyeri acara).
3) Tahniah dan terima kasih semua peserta cabaran komik 24 jam. Miehanz, Kamal Masrun, Adifitri, Arif Rafhan, Binjai (flight tak sampai tapi semangat sampai), Zain Master, Amna Shark, Atoy, Tengkuta, Khairul Exodus, Meor Shukor, Aishah Sam, Kursani, Mat Besi, Roseman, Nik Syahida, Dr Fauzi Naiem, Topek, Mokcik Gomok (tidak sihat), Violet dan Jas An. Korang semua adalah pemenang!
4) Terima kasih rakan-rakan vendor yang datang semata-mata untuk support Pekan Kartun; Amazing Riharu, Sketches.my, Topikoko Wanchik, Sempoi, Stone art, BME Bundle Anime, Fakulti Animasi UNIKL, Rara Baju Anime, ChuOrn Karikatur
dan TOPEK Comics.
5) Emcee jemputan yang COOL, Sham Along dari Persatuan Animasi Malaysia (Animas).
6)Terima kasih rakan media, Rosli Mansor yang sudi menjengah acara yang kerdil ini.
7) Terima kasih atas kehadiran kawan yang telah memperkenalkan saya pada dunia kartun dan komik, kartunis Ijoi dari KL.
8) Terima kasih semua pengunjung yang sudi datang. Ada yang datang dari jauh seperti Terengganu, Kedah, Kuala Lumpur dsb.

Sekali lagi terima kasih semua kerana sudi menjadikan acara ini sukses dan COOL.

Koranglah yang hebat. Saya cuma menumpang kehebatan korang-korang yang hebat. Bertuah dapat menjadi sebahagian produk Port Ipoh dan Pekomik.

Kalau ada ada rezeki, kita jumpa lagi!

Pekomik Bangkit!

#life

Yang menjalankan tugas ;
Mior Azhar

Tukang buat proposal Pekan Kartun Pangkor 2018 & Presiden Pekomik.

Tags, , , ,

Keputusan Cabaran Komik 24 Jam – Pekan Kartun Pangkor 2018

KEPUTUSAN CABARAN KOMIK 24 JAM
Pekan Kartun Pangkor 2018


JUARA – Kamal Masrun @ Tangh!
NAIB JUARA – Arif Rafhan @ Superdoofus
KETIGA – Jas an
Saguhati
– Adifitri
– ChuOrn
– Taufiqe Oct
– Azli
– Meor Shukor
– Roseman

PORT IPOH: UNITY THRU ARTS

 

PEKOMIK: PENCETUS GENERASI KOMIK

Tags, , , , , , , , , , , ,