Komik Misi Tahfiz: Bila tahfiz boleh membuat komik?

Preview

Lama tak update blog ni. Sempena Ramadan, dengan besar hati saya nak kongsi pengalaman UNBOXING – membuka dan membaca ‘Komik Misi Tahfiz’ yang menjadi bestseller semasa Pesta Buku Antatarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL’17)yang lepas. Saya pre-order komik ini awal via ‘facebook’ dalam bulan April yang lepas.

Yes, sudah sampai di rumah Ipoh sejak beberapa minggu yang lepas, baru dapat peluang untuk membuka.

.

Cover depan.

.

Cover belakang

.

Yes! muka surat pertama, ada autograf ‘special’ daripada penulis komik ini, Ahmad Syahmi the man.

.

Antara yang cool tentang komik ini adalah, ‘team effort’ yang dimana barisan produksinya adalah idea oleh Nazry Salam & Afiq Salam, penulis – Ahmad Syahmi, pelukis – Hanza dan kaleris Imanimex.

.

Semua muka surat adalah berwarna dari mula sampai hab...

Read More

From mousedeer to mouse: Buku Sejarah Animasi Malaysia Pertama

Preview

Teringat kenangan ketika saya menghadiri Pop Con Asia Jakarta 2016 yang lepas, ramai sahabat-sahabat kita di Indonesia memuji kerancakan dunia komik dan animasi Malaysia. Terutama sekali, animasi Upin dan Ipin dan BoboiBoy menjadi fenomena di Indonesia.

Saya saksikan dengan mata sendiri, kanak-kanak Jakarta menggunakan smartphone ibubapa mereka untuk menonton Upin dan Ipin di you tube. Justeru itu, perkembangan animasi Malaysia seharusnya dicatatkan dan untuk dijadikan rujukan kepada masa akan datang dan untuk rujukan dunia secara holistiknya.

Alhamdulillah. Pada akhir tahun 2016, pihak Aswara telah menerbitkan buku ‘From Mouse-deer to Mouse‘ sebuah karya jitu oleh Bapa Animasi Malaysia, Hassan Muthalib. 

.

.

Tajuk buku ini diungkap dari animasi pertama tempatan yang disiarkan menerusi t...

Read More

Parodi Star Wars dan Donald Duck produk terbaru kartunis Zunar

Preview

Zunar merupakan seorang kartunis yang sentiasa memiliki idea tajam dengan humor berbentuk satira. Beliau merupakan satu-satunya kartunis Malaysia yang pernah memenangi banyak anugerah daripada masyarakat antarabangsa.

Zunar atau nama penuh beliau, Zulkiflee anwar Haque kini kembali dengan produk terbaru beliau. Perkenalkan Mug ‘Donald Dedak + Steal Wars series’. Parodi Star Wars dan Donald Duck. Dapatkan koleksi Mugs ini segera. Terutama jika anda seorang kolektor tegar komik Malaysia.

 

 

Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.zunar.my/shop

.

Sumber:- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10154604542413277&set=a.123401363276.104152.528348276&type=3&theater

Read More

Cover album baru Malique macam wajah Dajjal?

Preview

Chill bro, tajuk ‘entri’ ni sekadar pertanyaan je. Apa-apa pun illustrasi cover album baru Malique TKO: Pejam Mata ini adalah sangat ‘deep’. Hayati lirik-lirik dalam lagu Pejam Mata dan baru ‘korang’ faham. Yelah, album ni memperkatakan tentang perkara-perkara yang berat dan kejahatan, takkanlah nak letak gambar kucing comel pula sebagai ‘cover’.

“…karektor kartun kantor dan karikatur diktator…”

Pejam Mata – Malique (featuring Dayang Nurfaizah)

(Malique)

sebermula maka dipaksa diam

dengar, patuh dan terpaku tunduk

selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk

tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai

kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai

berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan

si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan

dah diragut total, cinta resiprokal

bila diperso...

Read More

Webkomik Sucomi berwajah baru

Preview

Antara webkomik popular di Malaysia, Sucomi telah kembali lagi dengan website berwajah baru. Masih segar menampilkan karya komik tempatan secara percuma dalam Bahasa Melayu yang eksklusif hanya di Sucomi. Sucomi adalah sebuah platform penerbitan komik online di Malaysia. Pengasas Sucomi iaitu Azam Azri mewujudkannya untuk membantu pengkarya membina kerjaya mereka sebagai artis komik.

Laman web baru Sucomi yang menampilkan ciri-ciri baru seperti, bahagian komen, ‘subscribe’ Komik, ‘Sharing’ dan ‘Rating’. Selain itu, Website baru Sucomi kini ada kotak sembang. Kini, pembaca boleh sembang dengan mereka yang sedang online juga!

Rujukan:- https://www.facebook.com/sucomimalaysia/ & http://sucomi.com/mengenai-kami/

Read More