Tag 24hourscomicday

Its a warp! Cabaran Komik 24 Jam – Pekan Kartun Pangkor 2018

CABARAN KOMIK 24 JAM – PEKAN KARTUN PANGKOR 2018
Terima kasih atas penganjuran bersama Port Koloni Karyawan Amanjaya dan team Pekomik.

1) Salute Tuan Pengurus Besar Port Ipoh & Godfather of Pekan Kartun, Zamari Muhyi dan team Port ipoh. – antara pengurusan event professional terbaik di Malaysia.
2) Terharu dengan team Pekomik yang sama2 bekerja keras, tak cukup tidur & jalan jauh. 
Abu Huzaa TBG (man of the event – siap tidur tepi pantai lagi macam malique & joe flizzow),
Roseman (non-stop Rajin),
Gayour (mahaguru yang mencemar duli turun padang),
Azhari (official photographer dari Sungai Petani),
Azrul Aloy (penyelamat di saat kecemasan), dan
Amna Shark (penyeri acara).
3) Tahniah dan terima kasih semua peserta cabaran komik 24 jam. Miehanz, Kamal Masrun, Adifitri, Arif Rafhan, Binjai (flight tak sampai tapi semangat sampai), Zain Master, Amna Shark, Atoy, Tengkuta, Khairul Exodus, Meor Shukor, Aishah Sam, Kursani, Mat Besi, Roseman, Nik Syahida, Dr Fauzi Naiem, Topek, Mokcik Gomok (tidak sihat), Violet dan Jas An. Korang semua adalah pemenang!
4) Terima kasih rakan-rakan vendor yang datang semata-mata untuk support Pekan Kartun; Amazing Riharu, Sketches.my, Topikoko Wanchik, Sempoi, Stone art, BME Bundle Anime, Fakulti Animasi UNIKL, Rara Baju Anime, ChuOrn Karikatur
dan TOPEK Comics.
5) Emcee jemputan yang COOL, Sham Along dari Persatuan Animasi Malaysia (Animas).
6)Terima kasih rakan media, Rosli Mansor yang sudi menjengah acara yang kerdil ini.
7) Terima kasih atas kehadiran kawan yang telah memperkenalkan saya pada dunia kartun dan komik, kartunis Ijoi dari KL.
8) Terima kasih semua pengunjung yang sudi datang. Ada yang datang dari jauh seperti Terengganu, Kedah, Kuala Lumpur dsb.

Sekali lagi terima kasih semua kerana sudi menjadikan acara ini sukses dan COOL.

Koranglah yang hebat. Saya cuma menumpang kehebatan korang-korang yang hebat. Bertuah dapat menjadi sebahagian produk Port Ipoh dan Pekomik.

Kalau ada ada rezeki, kita jumpa lagi!

Pekomik Bangkit!

#life

Yang menjalankan tugas ;
Mior Azhar

Tukang buat proposal Pekan Kartun Pangkor 2018 & Presiden Pekomik.

Tags, , , ,

Keputusan Cabaran Komik 24 Jam – Pekan Kartun Pangkor 2018

KEPUTUSAN CABARAN KOMIK 24 JAM
Pekan Kartun Pangkor 2018


JUARA – Kamal Masrun @ Tangh!
NAIB JUARA – Arif Rafhan @ Superdoofus
KETIGA – Jas an
Saguhati
– Adifitri
– ChuOrn
– Taufiqe Oct
– Azli
– Meor Shukor
– Roseman

PORT IPOH: UNITY THRU ARTS

 

PEKOMIK: PENCETUS GENERASI KOMIK

Tags, , , , , , , , , , , ,

Pekan Kartun 2017: Cabaran Komik 24 Jam

10 SEBAB KENAPA PERLU SERTAI CABARAN KOMIK 24 JAM @ PEKAN KARTUN 2017
1) Acara ini merupakan cabaran komik yang turut dijalankan di negara-negara lain seperti US, UK, Singapura dan lain2.
2) Diasaskan oleh pelukis komik U.S, Scott Mc Cloud dan beliau mengiktiraf gerakan penggiat komik Malaysia dalam cabaran komik 24 jam menerusi website http://scottmccloud.com/4-inventions/24hr/phenomenon/index.html
3) Acara cabaran komik 24 jam pertama sekali dalam DUNIA dijalankan dalam Zoo & safari bersama haiwan-haiwan yang comel.
4) Acara cabaran komik 24 jam yang bertema KOMIK HAIWAN akan dikendalikan dgn usahasama Persatuan Animasi Malaysia (Animas).
5) Hadiah utama RM1000, kedua RM500 dan ketiga RM300.
6) Akan diadili oleh 2 artis komik terkemuka Malaysia.
7) Acara komik 24 jam pertama yang mengalakkan penyertaan peserta secara berkumpulan (tidak lebih 2 orang). Bagi menggalakkan penghasilkan komik secara professional. Cth pelukis+penulis, pelukis+inker, dsbgnya.
8) Peluang menambahkan portfolio dan jaringan rakan-rakan yang dunia kreatif.
9) Makanan dan minuman disediakan sepanjang 24 jam.
10) Satu sejarah dalam menerusikan legasi penggiat komik terdahulu.

Daftar segera di sini https://goo.gl/forms/S1EAxY9LpiXrfBPB3

TEMPAT TERHAD

Tags, , , , , , ,