• Make a reservation: 1-800-123-4567
  • Email Us: themes@webriti.com

Tag bekazon

Anugerah Pekomik 2018: Pengiktirafan kepada penggiat kartun/komik Malaysia

Senarai pemenang dan pencalonan akhir Anugerah Pekomik 2018 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre – KLTCC, Aras 5,Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2018 sempena @Pesta Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.

 

KOMIK TERBAIK
• My Giant Geek Boyfriend – Fishball | Maple Comic [PEMENANG]
• Permata Laut Silan – Aemir Khalid dan Anshari Mohd | Nuorg Comic
• Spender Boy – Pakngahalipz | Komrad Komik
• Jejon Di Jepun – Jonsuraya | Maple Comic

PELUKIS KOMIK TERBAIK
• Permata Laut Silan – Aemir Khalid dan Anshari Mohd | Nuorg Comic [PEMENANG]
• Jejon Di Jepun – Jonsuraya | Maple Comic
• Spender Boy – Pakngahalipz | Komrad Komik
• My Giant Geek Boyfriend – Fishball | Maple Comic

PELUKIS KOMIK HARAPAN 
• Spender Boy – Pakngahalipz | Komrad Komik [PEMENANG]
• Paradigma Guru – Pokcik Fingernailz | Maple Comic
• Aku, kau dan Superhero (Wirawan Sebenar) – Froggypapa | PTS Publication
• Misi 4 Flat – Afiq dan Nazry Salam | PTS Publication

PENULIS KOMIK TERBAIK
• My Giant Geek Boyfriend – Fishball | Maple Comic [PEMENANG]
• Permata Laut Silan – Aemir Khalid dan Anshari Mohd | Nuorg Comic
• Badang – Burhanuddin Sarji and Imran Marsad | Ba-C Mente Studio
• Aku Engineer – Taufik Hafzi | Topek Comic

MAJALAH KARTUN/KOMIK TERBAIK
• The Amazing Awang Khenit – Pelbagai artis | Sead Studios [PEMENANG]
• Sempoi – Pelbagai artis | Maju Ikhlas Utara
• Bekazon – Pelbagai artis | APT Inventions (Bekazon)

KOMIK ONLINE TERBAIK
• Antologi Seram – Pelbagai artis | Matkomik.com [PEMENANG]
• 1984 – Bophairy | Matkomik.com
• Seketul Sina – Arif Rafhan | Superdoofus
• Dari Malaysia Dengan Cinta – X se-tank | Tans Horizons Media
• Last Doctor – Gagak | Tapas

KOMIK KANAK-KANAK TERBAIK
• Sweet Ana Solehah – Abang Kerel dan Kak Adah | Ana Muslim [PEMENANG]
• Tit Tok – Pelbagai artis | Komik Kita Studio
• Taubat Si Tanggang – Adifitri | Maple Comic
• Budak Kombo – Froggypapa | PTS Publication

VARIASI KOMIK TERBAIK
• Jenama X – Pelbagai artis | Studio Diam-diam Ubi [PEMENANG]
• Aku, kau dan Cinta – Pelbagai artis | PTS Publication
• Driving Malaysia – Pelbagai artis | Maple Comic
• Pauh Parok! – Pauh | Maba Studio

MUKA HADAPAN TERBAIK
• Jenama X – Aie | Studio Diam-diam Ubi [PEMENANG]
• Dunia Pendekar: Nilam Kesakti Baru – MF Ajif | Komikajif.com
• Koleksi Pendekar Tangan Berapi – Keladi | APT Inventions (Bekazon)
• Spender Boy – Pakngahalipz | Komrad Komik

KOMIK DAKWAH TERBAIK
• Mari Ngaji Bersama UAI – Pandan | APT Inventions (MOY Publication) [PEMENANG]
• Inspirasi Muslim – Farish & Dzul | Ana Muslim
• Misi Budak Tahfiz – Afiq & Nazry Salam, Hanza, Ahmad Syahmi & Imanimex | PTS Publication

KOMIK ALTERNATIF TERBAIK
• Aku Engineer – Topek Comics [PEMENANG]
• Birat! – Ahm Ahmad
• De Gwet: Aura Sakti – Pelbagai artis
• Garaj Komik – Pelbagai artis

ANUGERAH BERUS EMAS
Baba Chua

ANUGERAH TOKOH PENGGIAT KOMIK MALAYSIA
Prof Dr Muliyadi Mahamood

ANUGERAH KEMBARA PEKOMIK
ME @ Azmi Hussin

 

Tags, , , , , , , , , , , , , ,

Pesta Lelong Buku & Komik Putrajaya 2017

Acara ini akan menampilakan 50,000 judul buku/komik dan lebih syarikat penerbitan melayu sperti ITBM, Karangkraf, Mustreas, Bekazon dan banyak lagi. Hari buku dan komik semurah RM1 sehingga yang paling mahal adalah disilingkan pada harga RM20 sahaja.

.

 

 

 

Tags, , ,

Video #tributelengkuas

.

Dedikasi untuk sahabat…

Yob Peon atau Mat Despatch adalah salah satu karektor komik khazanah seni tanahair ciptaan Allahyarham Abg Yob Lengkuas.

Selain kartunis lejen & ketua editor majalah Ujang dan Bekazon, Allahyarham juga merupakan salah seorang artist/partner yang sentiasa menyokong aktiviti2 Comicore Club, malah bersama2 kami bermusafir & buat event di KL, Johor dan Perak.

Sebagai tanda penghargaan, kasih sayang dan brotherhood, kita lukis tribute khas untuk Allahyarham yang telah banyak menabur jasa dan mengangkat seni komik dan kartun disatu tahap yg tinggi.

AL FATIHAH

Sertai Facebook Group Comicore Club untuk menyaksikan artwork dalam video ini.
https://www.facebook.com/groups/comicoreclub/

Tags, , , , , ,

Tribute untuk Legend Yob Lengkuas

Teringat perbualan telefon kami pada tahun 2015 lepas…
M: ….boleh tuan datang Pekan Kartun 2 di kellie’s castle?
L: …ntahlah mior, aku tak taulah dpt pegi kat idok, byk keje ni…
M: Oklah fine, ‘star’kan? mana nk dtg event kat kampung ni. (berseloroh)
L: Ish kamu ni, awok mesti support punye. Ade keje sikit je. InsyaAllah dtg. Mase pekan kartun 1 aku dtg juga biorpun kena kluor duit sendiri.
M: Oh i see…
L: Yelah utk kartun dan komik di Perak aku support kamu dan Zam. kampung aku di Botekan.
Begitulah bermulanya sebuah teamwork dengan legend Yob Lengkuas. Banyak projek buat sama2 dan belajar dr arwah dalam masa perkenalan sejak tahun 2014.

.

.

.

Antara aktivit2 yg bersama dengan Yob Lengkuas;
1) Pekan Kartun 2014 – Port Ipoh
2) Pekan Kartun 2015 – Kellie’s Castle
3) Pekan Kartun 2016 – Port Ipoh
4) Pekan Kartun 2017 – Zoo Taiping & Safari
5) Lukisan kartun terpanjang @ Street Art Fest 2015 – Matic KL
6) Doodle on Van @ Port Fest 2015 – Dataran MBI Ipoh
7) Doodle on Coaster @ Mural 2016 – Dataran MBI Ipoh
8) Kotakomik @ Get Up! Kluang 2016 – Kluang Mall
9) Komik gergasi @ Pekan Kartun 2016 – Port Ipoh
10) Zoom Kartun 2017 – Summit USJ
11) Komik Chor – Masih dlm proses
12) Artwork utk Hotel Kartun di Sungkai – Masih dlm proses

Tiada ayat2 dpt disusun utk menulis betapa mulia & penuh dedikasi legend Yob Lengkuas. Malah ‘sms’ terakhir yang saya terima dr arwah pada 7/8/17 masih tentang kerja2 kartun dan komik di Perak.

Perjuangan beliau sehingga ke akhir hayat.

Al fatihah

 

 

.

 

Tags, , , , , , ,