Webkomik Sucomi berwajah baru

Preview

Antara webkomik popular di Malaysia, Sucomi telah kembali lagi dengan website berwajah baru. Masih segar menampilkan karya komik tempatan secara percuma dalam Bahasa Melayu yang eksklusif hanya di Sucomi. Sucomi adalah sebuah platform penerbitan komik online di Malaysia. Pengasas Sucomi iaitu Azam Azri mewujudkannya untuk membantu pengkarya membina kerjaya mereka sebagai artis komik.

Laman web baru Sucomi yang menampilkan ciri-ciri baru seperti, bahagian komen, ‘subscribe’ Komik, ‘Sharing’ dan ‘Rating’. Selain itu, Website baru Sucomi kini ada kotak sembang. Kini, pembaca boleh sembang dengan mereka yang sedang online juga!

Rujukan:- https://www.facebook.com/sucomimalaysia/ & http://sucomi.com/mengenai-kami/

Read More

Komik Supreme: Membaca komik sambil mengundi #biarsuprememenentukannya

Berita
SUPREME adalah sebuah platform webkomik Malaysia yang menyasarkan pengkarya-pengkarya tempatan untuk menghasilkan karya untuk dipaparkan dalam webkomik Supreme. Seterusnya, komik-komik tersebut akan diletakkan dalam gelanggang Supreme Ahad, satu jenama untuk komik-komik tersebut bersaing sesama sendiri untuk mendapat ranking tertinggi, seterusnya mempunyai peluang untuk komiknya dicetak oleh Comichat!


Selain itu, Supreme juga adalah sebuah webkomik yang terbaik dan sangat sesuai untuk bacaan pelajar-pelajar sekolah, remaja dan awal dewasa.

Kandungan Supreme adalah Syariah-compliant, tidak melanggar sensitiviti bangsa dan agama dan sehabis baik menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Biar Supreme Menentukannya!

rujukan:-https://www.facebook.com/supremecomichat/info?tab=page_info

Read More