Tag inkramadan

5 perkara menarik mengenai INKramadan 2017

  • INKramadan 2017 telah mengabungkan pelukis-pelukis kartun & komik daripada Malaysia, Indonesia dan Brunei.

.

  • INKramadan 2017 adalah hasil gabungan komuniti-komuniti pelukis komik muda tempatan, iaitu Comicore Club, Sucomi, Buasir Otak The Komik, Sucomi dan Trilog. Disokong oleh rakan strategik daripada Indonesia, Iqomic. Ditaja oleh Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) dan Komik-M.

.

  • #inkramadan telah digunakan sebanyak lebih 3.5 ribu di instagram. Secara purata lebih 100 peserta bagi inkramadan tahun ini.

  • Perasmian oleh Ybhg Dato Kamil Othman, mantan pengarah Finas diiringi oleh Amier Hamzah Hashim, Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas) dan Ahmad Hilmy, Naib Presiden Kelab Kartunis Malaysia pada 10 Jun 2017 di Summit USJ.

.

  • Selain pameran, pada setiap hujung minggu dalam tempoh tersebut 10-11 Jun 2017 dan 17-18 Jun 2017 akan diadakan acara pentas seperti live drawing, doodle dan jualan-jualan komik. Menampilkan Topek Comic, Sketches.my, Last Sprinter, Ba-C Mente Studio, Kedai Komik Online, Creativeunited.my, Nerdless Art dan banyak lagi.

.

(p/s – Tahniah team dan rakan-rakan yang tidak jemu menyokong. Biarpun acara ini agak ad-hoc.)

Tags, , , , , , , , , , , ,

Hadiah menarik untuk peserta #inkramadan

Tags, ,

INKramadan: Cabaran melukis di Bulan Ramadan


Inkramadan merupakan satu cabaran melukis sehari 1 lukisan selama 29 hari berdasarkan tugasan yang telah disenaraikan.
CARA-CARA MENYERTAI;
1) Peserta hendaklah ‘create album’ dengan tajuk #Inkramadan di profil facebook anda sendiri dan tetapkan ‘privacy’ album tersebut kepada ‘public’.
2) Lukis lukisan (manual atau digital) dan post di facebook, dengan menggunakan hashtag inkramadan (#inkramadan), comicoreclub (‪#‎comicoreclub‬) dan hastag hari tugasan (‪#‎day01‬‪#‎day02‬‪#‎day03‬, dsb)
3) Setiap post dalam album #inkramadan perlu dikongsikan ke Group Comicore Club
4) Kalau ada yang tertinggal hari, bolehlah ganti dalam masa sebulan Ramadan.
5) Lukisan boleh juga di’upload’ ke twitter, instagram, blog dan sebagainya dengan menggunakan hashtag inkramadan (#inkramadan), comicoreclub (#comicoreclub) dan hastag hari tugasan (#day01, #day02, #day03, dsb)
APA KORANG DAPAT;
1) Terbuka untuk semua. Tak kira usia, bangsa dan negara. Termasuk muslim dan non muslim.
2) Penggunaan hashtag inkramadan ini digunakan oleh peserta-peserta terlibat tak kira dimana mereka berada. Jadi bila kita melukis dan post dengan guna hashtag ini, secara tak langsung lukisan kita akan tersusun sama baris dengan peserta-peserta lain.
3) Salah satu cara seronok untuk praktis melukis secara online dan berjemaah.
4) Di sini juga korang boleh mengambil peluang untuk berinteraksi dengan peserta lain.
5) Mana tau, lukisan yang kita buat mempunyai unsur-unsur dakwah yang membolehkan kita sama-sama mendapatkan pahala berlipat kali ganda dalam bulan Ramadan ini.
6) Sehari satu lukisan dan pada hari terakhir 29 Ramadan, korang boleh buat kompilasi karya2 inkramadan dan ada commercial value, boleh jual.
7) Rasai kehebatan gabungan seni + media sosial selama bulan Ramadan ini!
Jangan lupa untuk #inkramadan #comicoreclub ‪#‎dayXX‬

Tags, ,