Nostalgia Anak Kampung Bersama Kartunis Mie

Berita

Tak tahu nak ke mana musim cuti sekolah?


Jom ke Muzium Negara!

Ada pameran NOSTALGIA ANAK KAMPUNG yang sesuai dihadiri oleh seisi keluarga. Bermula pada 10 Disember 2018 dan berakhir 10 Januari 2019.

Antara yang menarik dalam pameran ini adalah pameran karya-karya COOL Kartunis MIE yang seiring ‘genre’ Nostalgia dan IMBAUAN. Terdapat  lebih 100 karya kartunis MIE buat tatapan pengunjung.

Istimewa pada Ahad ni @ 16/12/18, anda boleh bertemu dengan kartunis Mie dan beli dua edisi terkininya sambil dapat autograf bertempat di lobi utama Muzium Negara.

Siapa kartunis Mie?
– Kartun pertama terbit dalam majalah hiburan pada tahun 1976 ketika usianya cuma 15 tahun
– Mula melukis secara serius dalam majalah BATUAPI pada tahun 1984.
– Kartunis tetap di Mingguan Mala...

Read More

Tribute untuk kartunis Onan

Berita

14/12/18, komuniti komik Utara tanahair – Sempoi bersama kartunis Halia, Khairil Bear (Naib Setiausaha Pekomik) dan Azahari (Ketua Biro Kolektor Pekomik) telah melawat kartunis Onan@Nangka Sani yang baru menjalani pembedahan kerana penyakit kencing manis.

Justeru itu, kami memohon semua peminat dan penggiat komik dan kartun untuk memberikan sumbangan ikhlas utk membantu beliau.

Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun ini;
No. Account BSN -0212641000048193
*ADNAN ABDULLAH SANI*

Semoga semua akan dipermudahkan dan diberi kekuatan.

Read More

Bicara Ilmu: Hasil kerja Lat dalam Era Globalisasi

Berita

.

VISIONS OF MODERNITY: THE WORK OF LAT IN THE AGE OF GLOBALIZABILITY  atau Visi kemodenan: Hasil Kerja Lat dalam era globalisasi akan dibentangkan oleh Dr. Fiona Lee di Universiti Malaya pada Sabtu @ 18 Feb 2017 ini.

.

.

Tempat: THE CUBE**, Cultural Centre, Dewan Tunku Canselor, University of Malaya.
Tarikh : 18 Feb 2017 
Masa: 2.30pm – 4.30pm
.

Makluman lanjut di https://www.facebook.com/events/1293109727418814/

.

sumber:- https://www.facebook.com/events/1293109727418814/ & http://sydney.edu.au/arts/english/staff/profiles/fiona.lee.php

 

Read More

Tentatif Program Minggu Kartun & Komik Alor Setar

Berita

Minggu Kartun & Komik | Star Parade, Alor Setar 16 -20 Feb 2017
Turun Shahab Perdana beramai-ramai,
Ternampak si manis lutut terketaq-ketaq,
Hati merana kalau hangpa tak mai,
Jumpa kartunis di Minggu Kartun & Komik Alor Setaq.

 

 

1) Kemunculan kartunis2 terkenal
2) Dedikasi khas Kartunis Aie sebagai kartunis ikon
3) Pertandingan merwarna
4) Karikatur
5) Live drawing
6) Jualan komik kartun
7)…. dan banyak lagi!

Datang support industri kreatif lokal kita 🙂

Untuk makluman lanjut Roha Anaheim

#kartunmalaysia #komikmalaysia #minggukartunkomik

 

Read More

Lengkuas’s Comic Shop @ Giant Hyper-mart, Batu Caves

Blog

6-Feb-2017 | Hari minggu ini saya tidak berkesempatan untuk balik ke Ipoh macam biasa kerana ada tugasan videografi perkahwinan di PJ dan Damansara.

Selepas selesai urusan, saya sempat singgah ke kedai jualan komik kartunis Lengkuas atau saya namakan sebagai Lengkuas’s Comic Shop. (Memandangkan lot jualan tersebut adalah untuk jangka masa panjang dan abang Lengkuas pun tidak letak apa-apa nama lagi. Hu3…)  Disamping itu, saya jadikan nama tersebut sebagai tempat ‘check in‘ di media sosial. Harap boleh membantu perniagaan beliau yang semakin naik ini.

Apa-apapun, kepada kolektor-kolektor majalah dan komik tempatan mesti datang ke sini kerana banyak komik2 lokal seperti Jenama X, Skoolastik, Ujang, Bekazon, Apo?, Tik Tok dan banyak lagi komik2 terkenal...

Read More