Tag kartun malaysia

Sepahtu Reunion : Isu Plagiat Pendekar Melayu Terakhir

Merujuk pada entry Sepahtu Reunion Lacurkan Karya Azhar Abdullah, isu plagiat tersebut telah pun diselesaikan dengan cara baik. Berikut adalah kenyataan Azhar Abdullah dalam facebook.

 

 

Alhamdulillah, segala yang telah dipermudahkanNya dan diselesaikan dengan penuh diplomatik. Semoga kita semua mengambil iktibar, saling menyokong sesama kita dan semoga selepas ini kita buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih.

Teruskan berkarya dan rapatkan saf antara komuniti industri kreatif Malaysia.

 

.

.

sumber:- https://www.facebook.com/azharUCabdullah, https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10211773413916739&set=a.1678065397408.145898.1410698034&type=3&theater & http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Tags, , , , ,

Lengkuas’s Comic Shop @ Giant Hyper-mart, Batu Caves

6-Feb-2017 | Hari minggu ini saya tidak berkesempatan untuk balik ke Ipoh macam biasa kerana ada tugasan videografi perkahwinan di PJ dan Damansara.

Selepas selesai urusan, saya sempat singgah ke kedai jualan komik kartunis Lengkuas atau saya namakan sebagai Lengkuas’s Comic Shop. (Memandangkan lot jualan tersebut adalah untuk jangka masa panjang dan abang Lengkuas pun tidak letak apa-apa nama lagi. Hu3…)  Disamping itu, saya jadikan nama tersebut sebagai tempat ‘check in‘ di media sosial. Harap boleh membantu perniagaan beliau yang semakin naik ini.

 

 

Apa-apapun, kepada kolektor-kolektor majalah dan komik tempatan mesti datang ke sini kerana banyak komik2 lokal seperti Jenama X, Skoolastik, Ujang, Bekazon, Apo?, Tik Tok dan banyak lagi komik2 terkenal. Anda semua boleh borong banyak-banyak kerana semua komik di sini dijual pada harga yang istimewa. Malah, boleh tawar-menawar jika pembelian secara borong.

 

Walaubagaimanapun, kehadiran saya di sini, bukanlah untuk membeli komik-komik beliau. Saya ke sini untuk berdiskusi dan berguru dengan beliau dalam arena komik dan kartun Malaysia. Antara topik kami adalah mengenai;

  1. Penerbitan komik CHOR
  2. Pekan Kartun #4 di Taiping – 8-9 April 2017
  3. Pengisian Hotel berkonsep Kartun Lokal di Perak
  4. …dan lain-lain

Harap semua urusan ini dipermudahkan.

Tags, , , , , , ,

Parodi Star Wars dan Donald Duck produk terbaru kartunis Zunar

Zunar merupakan seorang kartunis yang sentiasa memiliki idea tajam dengan humor berbentuk satira. Beliau merupakan satu-satunya kartunis Malaysia yang pernah memenangi banyak anugerah daripada masyarakat antarabangsa.

Zunar atau nama penuh beliau, Zulkiflee anwar Haque kini kembali dengan produk terbaru beliau. Perkenalkan Mug ‘Donald Dedak + Steal Wars series’. Parodi Star Wars dan Donald Duck. Dapatkan koleksi Mugs ini segera. Terutama jika anda seorang kolektor tegar komik Malaysia.

 

 

Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.zunar.my/shop

.

Sumber:- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10154604542413277&set=a.123401363276.104152.528348276&type=3&theater

Tags, , , , , ,

Minggu Kartun & Komik di Alor Setar, Kedah

MINGGU KARTUN DAN KOMIK 2017

Tarikh: 16 – 20 Februari 2017

Lokasi: Ruang Legar Star Parade, Alor Setar, Kedah

 

Tags, ,

Hentikan penjualan ‘thumbdrive’ cetak rompak animasi tempatan

Petikan dari akhbar Utusan Malaysia 2-Feb-17; 

 

“… perniagaan digital se­me­mangnya merupakan satu trend per­niagaan terkini namun tindakan pihak terbabit yang sengaja mengambil kesempatan ke atas hasil penat lelah serta kerahan idea penggiat animasi perlu segera dihentikan…”

– Timbalan Presiden Animas (Persatuan Animasi Malaysia), Mohd Zahir Zainal Abidin

 

Sumber:- http://www.utusan.com.my/berita/nasional/animas-kecam-tindakan-pihak-jual-i-pendrive-i-animasi-tempatan-1.439242 & https://www.facebook.com/animas.org.my/photos/a.210006905757675.49505.199091843515848/1266590443432644/?type=3&theater

Tags, , ,

Animasi @ Besut

Animasi@Besut bakal berlangsung pada 4 & 5 April 2015 di ‪#‎jerteh‬ ‪#‎besut‬‪#‎terengganu‬. Ingin tahu aktiviti yang akan berlangsung? Pastikan ANDA ‘like’ pagewww.facebook.com/kolejkomunitihq dan dapatkan informasi terkini. Sesuatu yang gempak akan berlangsung di sana
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=RLcefbZnevY]

Turut memeriahkan suasan adalah ANIMAS & PEKOMIK

Tags,

Kartunis lebih berani membela rakyat Palestine

Damsyik: Pelukis kartun bertindak lebih pantas memberi reaksi terhadap keganasan terbaru rejim Zionis Israel berbanding pemimpin negara Arab serantau.
Dengan angka kematian sehingga petang semalam (waktu Malaysia) mencecah sekurang-kurangnya 115 orang dan kemarahan masyarakat dunia terus memuncak, pelukis kartun di Timur Tengah tampil menyindir orang awam kerana memikirkan banyak isu lain berbanding penderitaan penduduk Gaza.
Antara isu yang menjadi perhatian ramai di Timur Tengah ialah demam Piala Dunia. 

Ketika Israel menjadi sasaran kecaman masyarakat Arab serta AS yang menyokong negara itu, keberkesanan Liga Arab turut dipertikaikan.

Pelukis kartun Abdullah Jaber ‘bertindak’ lebih pantas dengan menghasilkan lakaran menunjukkan sebuah kereta kebal Israel mengisi minyak berjenama “Arab Senyap.”

Pelukis kartun Mesir, Amr Okasha melukis dua lelaki pejuang jihad sedang berbual.

Seorang daripadanya berkata: “Zionis menyerang Gaza,” dan dijawab rakannya – yang memegang bendera hitam Negara Islam Iraq dan Syam: “Kita sedang sibuk. Kita cuma mahu membunuh orang Arab.” 

Pelukis kartun Jordan, Emad Hajjaj menghasilkan imej seorang penjaga gol dalam bentuk peta Palestin yang bersusah-payah cuba menangkap objek berlogo Zionis.

Hamzeh Hajjaj pula menghasilkan kartun dengan tiga lelaki berbual. 

Lelaki pertama berkata: “Saya orang Arab dan menyokong Jerman.”

Lelaki kedua pula berkata: “Saya orang Arab dan Brazil.”

Akhirnya lelaki ketiga berkata: “Saya orang Arab dan mahu rakyat Arab bangkit daripada tidur.”

Kartunis Arab Saudi, Aimantoon memilih imej seorang remaja melahap kentang goreng dan minuman berkarbonat sambil menangis melihat laman sesawang Gaza yang mendapat ribuan “Like.”

Seniman Libya pula menggunakan Twitter untuk menyindir: “Jangan bimbang penduduk Gaza. Orang Arab di seluruh dunia sedang menukar gambar profil mereka untuk membantu kalian.” 

Imej lain yang beredar di media sosial turut menampilkan ketidakseimbangan perhatian diberikan kepada korban keganasan itu – lebih 100 orang penduduk Palestin maut dan tiada kematian di pihak Israel. 

Black berkata, reaksi kerajaan Arab juga tidak begitu memberangsangkan, antaranya gara-gara kebencian Arab Saudi dan Mesir kepada gerakan Islam Hamas yang mentadbir Gaza. 

Jordan pula mengecam Tel Aviv kerana melakukan ‘keganasan tidak bertamadun’ ke atas Gaza, namun seperti Mesir, mereka dilihat tidak akan merosakkan perjanjian damai dengan rejim Zionis itu.

Media Syria pula mengutuk Riyadh dan Doha kerana menyokong gerakan menggulingkan Presiden Bashar al-Assad namun tidak berbuat apa-apa bagi membantu Gaza.- Agensi


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13sumber:- http://www.hmetro.com.my/articles/Kartunislebihberani/MA/Article

Tags,