Tag komik indie malaysia

Perbezaan antara Doodle Battle Malaysia dan Indonesia

Selepas 3 tahun berturut-turut ikut delegasi komuniti komik Malaysia ke Indonesia dari tahun 2015 sehingga 2017 (Pop Con Asia Jakarta 2015, Pop Con Asia Jakarta 2016 & Pasar Komik Bandung 2017) dan bergiat aktif sebagai penggiat komik Malaysia selama 4 tahun (2014 – 2017), saya rasa sudah tiba masanya untuk berkongsi apa perbezaan antara kedua-dua ‘scene’ komik antara 2 buah negara nusantara ini.

Kita mulakan dengan ‘doodle battle’. Doodle battle secara am adalah pertandingan melukis secara spontan dalam masa yang telah diberikan. Sebagai perbandingan, kita akan gunakan 2 acara berbeza iaitu Doodle Battle @ Pekan Kartun 2017, Malaysia dan Pasar Komik Bandung 2017, Indonesia.

 

 Doodle Battle @ Pekan Kartun 2017

  • Ada 9 orang peserta.
  • Pusingan pertama 9 peserta akan melukis selama 1 jam di atas papan putih plywood saiz 8 X 4 kaki berdasarkan tema yang telah diberikan.
  • Selepas berehat 30 minit, pusingan kedua 3 peserta terbaik daripada 9 peserta akan melukis selama 1 jam sekali lagi berdasarkan tema yang berlainan dari pusingan pertama.
  • Pemenang dipilih berdasarkan juri-juri yang diambil secara rawak ketika acara.
  • Hadiah wang tunai.

.

Doodle battle @ Pasar Komik Bandung 2017

  • Ada 4 orang peserta (kategori individu), ada 2 pusingan satu lawan satu.
  • Pusingan pertama – peserta lukis di atas kertas saiz A2 selama 5 minit berdasarkan tema yg diberi. Kemudian, peserta akan mengacau/merosakan lukisan doodle lawan selama 2 minit. Akhir sekali, peserta diberi masa 3 minit utk membetulkan balik lukisan doodle. Kemudian, peserta perlu memberi penerangan ringkas mengenai doodle yang dihasilkan.
  • Pusingan kedua – 2 peserta yang menang pada pusingan pertama akan bertemu di pusingan kedua iaitu peringkat akhir. Cara doodle battle adalah sama dengan pusingan pertama, tetapi tema yang diberikan adalah berbeza.
  • Pemenang dipilih berdasarkan sorakan penonton terkuat.
  • Hadiah berbentuk saguhati daripada vendor-vendor acara.

.

.

Oklah. Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Perkongsian ini bukan untuk mencari mana yang bagus atau tak bagus. Sekadar perkongsian dan pastinya kedua-dua acara ini mempunyai keisitimewaan dan keseronokan tersendiri.

That’s cool!!! You’re the man!!!!

Tags, , , , , , , , ,

Dari Pekan Kartun Ipoh ke Pasar Komik Bandung 2017 (PAKOBAN 6)

  • Delegasi Pekan kartun ke Pasar Komik Bandung 6 dibarisi oleh Mior Azhar, Arif Rafhan Othman, Mior Muneer dan Siti Charkoil. Pelukis komik kelahiran Perak yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan diiringi oleh Pengurus Besar Port Ipoh, Zamari Muhyi.

.

  • Objektif delegasi Pekan Kartun ke Pasar Komik Bandung 6 adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penggiat komik Perak dengan Bandung, secara amnya antara Malaysia dan Indonesia.

.

  • Semua 4 orang peserta delegasi yang adalah pernah terlibat secara aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Port Ipoh.

.

  • Pasar Komik Bandung 6 – 2017 adakan Sabtu dan Ahad, 13 – 14 Mei 2017 di Braga City Walk, Jl. Braga No. 99 – 101, Bandung 40111. Indonesia.

.

  • Acara Pasar Komik bandung dihadiri oleh hampir 100 komuniti komik dan syarikat komik daripada Bandung, Aceh, Batam, Palembang, Jakarta, Bogor, Tangerang, Bekasi, Yogyakarta, Malang, dan Surabaya dengan kehadirian seramai 4000 orang pengunjung.

.

  • Acara perasmian pembukaan dan penutup oleh:
    • Kepala Bidang Ekonomi Kreatif DisBudPar Kota Bandung: Ibu Tris Avianti Ratnajati, SE., M.Si.
    • Ketua Komite Ekonomi Kreatif Kota Bandung: Ibu Dr. Dwinita Larasati, MA.
    • Ketua Bandung Creative City Forum: Bapak TB. Fiki C. Satari, SE., MM.

.

  • Komuniti Pekan Kartun telah mewakili Malaysia sebagai salah satu vendor dalam acara tersebut. Membawa komik-komik terbitan sendiri (self publish komik) hasil daripada seni anak-anak negeri perak.

.

  • Pekan Kartun juga telah menyertai acara-acara berikut;
    • Doodle Battle (kategori Individu) – Arif Rafhan Othman
    • Doodle Battle (kategori berkumpulan) – Mior Azhar dan Mior Muneer
    • Cabaran Comic Strip Jam – Siti Charkoil
    • Forum Komik Malaysia – Arif Rafhan Othman, Mior Azhar, Mior Muneer dan Siti Charkoil.
    • Pencalonan 3 komik untuk Anugerah Pasar Komik Bandung (PAKOBAN Award).
      • Kiri Kanan – Mior Muneer
      • Adventure of a KL ite in Afghanistan – Arif Rafhan Othman
      • Yucky Gem – Siti Charkoil

.

“…apabila kamu sampai ke Pakoban ini, kita semua (penggiat komik) adalah satu keluarga… ”

– Imansyah Lubis, Pengarah Projek Pakoban 6

.

(p/s – Alhamdulillah selamat pergi dan selamat sampai.)

 

Tags, , , , , , , , ,

Penang Zine Fest and Distro Day Out 2017

Selepas berehat dengan tenang tanpa memikirkan tentang scene komuniti komik, insyaAllah saya sendiri akan mewakili Comicore Club ke Penang Zine Fest untuk pertama kali.

Saya merancang untuk menaiki ETS ke sana. Selain saya, adalah dijangka Danial Haikal akan turut berada di sana.

Harap dipermudah!

Tags, , , , , ,

Hotel Kartun di Sungkai, Perak

Hotel berkonsepkan kartun lokal yang pertama di Malaysia dalam pembinaan di Sungkai, Perak. Antara yang menarik adalah hotel ini menampilkan nama-nama kartunis/pelukis komik kelahiran Perak akan diangkat sebagai nama2 bilik hotel. I.e bilik Tembakau, bilik Don, bilik Mishar, bilik , dll. Bilik tersebut akan ada illustrasi, karikatur dan profil setiap kartunis/pelukis komik terlibat.

Justeru itu, pihak pengurusan hotel mengalu-ngalukan sumbangan illustrasi kartun saiz A2 samaada digital atau manual utk dijadikan hiasan bilik setiap nama kartunis/pelukis komik.

Tema: Bebas

Saiz: A2

Tarikh Tutup: 15 JULAI 2017

Semua ‘artwork’ boleh dikirimkan kepada saya dengan menghubungi melalui e-mail encikmeor(a)gmail.com.

Terbaru, karikaturis Chuorn akan melukis semua karikatur kartunis2/pelukis komik yg terlibat dan kolektor komik Malaysia no.1, Azahari dari Sungai Petani telah membekalkan lebih 100 cover2 majalah lokal utk dijadikan hiasan hotel ini.

Sebuah usaha martabatkan seni kartun lokal oleh godfather of Pekan Kartun, Zamari Muhyi.

Moh jadikan hotel kartun lokal ini menjadi kenyataan.

Tags, , , , ,

De’Gwet : Platform Bakat Baru Komik Malaysia Sejak Tahun 2014

Mula mengenali beliau, IsDanial pada Februari 2014 sewaktu bergiat dengan PEKOMIK sebagai Bendahari. Semasa itu, beliau sedang giat mencari dana dan bakat-bakat baru untuk De’Gwet keluaran no.1. Konsep yang diketengahkan oleh beliau lebih kepada platform untuk bakat-bakat baru untuk mempertengahkan bakat mereka.

.

.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang tidak memahami De’Gwet sebagai platform bakat-bakat baru. Jadi, berikut adalah penerangan mereka mengenai perjuangan De’Gwet;

.

.

.

Antara projek terkini De’Gwet adalah untuk menyiapkan edisi ke-5. Untuk makluman lanjut boleh baca di Peluang Berkarya Dalam De’Gwet #5.

.

.

Sumber:- https://www.facebook.com/degwetkomik/posts/946963235406140?comment_id=947460672023063&reply_comment_id=947524788683318&notif_t=feed_comment_reply&notif_id=1486846458838319

 

Tags, ,

Peluang Berkarya Dalam Kompilasi Komik De Gwet Edisi ke 5

 

Rakan seperjuangan, Tuan IsDanial meneruskan projek kreatif beliau dalam bidang komik lokal dengan De’Gwet edisi ke 5. Komik De’Gwet ke5 ini merupakan kesinambungan kepada edisi-edisi terdahulu; iaitu kompilasi karya-karya pelukis indie Malaysia menjadi platform kepada bakat-bakat baru untuk mempertengahkan bakat mereka.

Justeru itu, pasukan kreatif ini mempelawa semua penggiat komik indie Malaysia untuk turut serta mengirim karya dalam kompilasi jitu tersebut.

Untuk rekod, antara pelukis-pelukis komik yang pernah diangkat oleh De’Gwet adalah Adrian Ravenhart, Cocoon, Rani Wukong, Danial Haikal, Ahm Ahmad, Azizfaces dan banyak lagi.

Cuma 11 komik terbaik akan dipilih dan bernasib baik akan mendapat wang tunai RM 100, buku De’Gwet #5 sebanyak 2 unit dan T-shirt De’ Gwet.

Tarikh tutup 15 Febuari 2017.

Makluman lanjut di De’ Gwet Facebook 

.

Tags, , ,