Tag komik malaysia

Taklimat dan Klinik Hakcipta bersama MyIPO (edisi Perak)

TAKLIMAT DAN KLINIK HAKCIPTA BERSAMA MY IPO (EDISI PERAK) – Penampilan Khas Kartunis Boy P.J Gila-Gila

Daftar segera di sini
https://forms.gle/Us39iqHfifFSajpMA

Kami akan menganjurkan sessi KLINIK HAK CIPTA secara PERCUMA dan terbuka kepada semua penggiat seni; – pelukis, penulis, pemuzik, pereka grafik, penerbit indie, usahawan seni kreatif, pelajar, dan sebagainya.

Lokasi : Bagiruang, Ipoh. (Berhadapan Medan Selera Taman Kanak Kanak)
Tarikh : 30 Jun 2019
Masa : 9.30 – 12.00 tghri (taklimat) 12.00 tghri – 4.00 petang (klinik)

Penyertaan adalah PERCUMA

TEMPAT TERHAD

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pekomikbangkit@gmail.com atau Mior 013 310 0020 atau Abu 019 542 3826

#bagiruang #pbuy #gigiph #myipo #pekankartun #perbadananhartaintelekmalaysia #hakcipta #talk #pekomikbangkit

Tags, , ,

PERHATIAN PARA KOLEKTOR KOMIK / KARTUN MALAYSIA

Awas, ada pencuri sedang menjual khazanah kartun & komik negara daripada Majalah Gila-Gila dan Jaafar Taib di pasaran kolektor.

Suspek adalah bekas kakitangan pemasaran di Creative Enterprise Sdn Bhd sendiri.

Menurut sumber yang dipercayai, anggaran kerugian adalah lebih dari RM40k.

 

Tags, ,

Comic Art festival Kuala Lumpur 2018 (CAFKL’18)

Its back!

My favorite comic event of the year!

If you’re a comic book enthusiast, do not miss this CAFKL.

.

.

.

.

.

 

Tags, , ,

Anugerah Pekomik 2018: Pengiktirafan kepada penggiat kartun/komik Malaysia

Senarai pemenang dan pencalonan akhir Anugerah Pekomik 2018 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre – KLTCC, Aras 5,Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2018 sempena @Pesta Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.

 

KOMIK TERBAIK
• My Giant Geek Boyfriend – Fishball | Maple Comic [PEMENANG]
• Permata Laut Silan – Aemir Khalid dan Anshari Mohd | Nuorg Comic
• Spender Boy – Pakngahalipz | Komrad Komik
• Jejon Di Jepun – Jonsuraya | Maple Comic

PELUKIS KOMIK TERBAIK
• Permata Laut Silan – Aemir Khalid dan Anshari Mohd | Nuorg Comic [PEMENANG]
• Jejon Di Jepun – Jonsuraya | Maple Comic
• Spender Boy – Pakngahalipz | Komrad Komik
• My Giant Geek Boyfriend – Fishball | Maple Comic

PELUKIS KOMIK HARAPAN 
• Spender Boy – Pakngahalipz | Komrad Komik [PEMENANG]
• Paradigma Guru – Pokcik Fingernailz | Maple Comic
• Aku, kau dan Superhero (Wirawan Sebenar) – Froggypapa | PTS Publication
• Misi 4 Flat – Afiq dan Nazry Salam | PTS Publication

PENULIS KOMIK TERBAIK
• My Giant Geek Boyfriend – Fishball | Maple Comic [PEMENANG]
• Permata Laut Silan – Aemir Khalid dan Anshari Mohd | Nuorg Comic
• Badang – Burhanuddin Sarji and Imran Marsad | Ba-C Mente Studio
• Aku Engineer – Taufik Hafzi | Topek Comic

MAJALAH KARTUN/KOMIK TERBAIK
• The Amazing Awang Khenit – Pelbagai artis | Sead Studios [PEMENANG]
• Sempoi – Pelbagai artis | Maju Ikhlas Utara
• Bekazon – Pelbagai artis | APT Inventions (Bekazon)

KOMIK ONLINE TERBAIK
• Antologi Seram – Pelbagai artis | Matkomik.com [PEMENANG]
• 1984 – Bophairy | Matkomik.com
• Seketul Sina – Arif Rafhan | Superdoofus
• Dari Malaysia Dengan Cinta – X se-tank | Tans Horizons Media
• Last Doctor – Gagak | Tapas

KOMIK KANAK-KANAK TERBAIK
• Sweet Ana Solehah – Abang Kerel dan Kak Adah | Ana Muslim [PEMENANG]
• Tit Tok – Pelbagai artis | Komik Kita Studio
• Taubat Si Tanggang – Adifitri | Maple Comic
• Budak Kombo – Froggypapa | PTS Publication

VARIASI KOMIK TERBAIK
• Jenama X – Pelbagai artis | Studio Diam-diam Ubi [PEMENANG]
• Aku, kau dan Cinta – Pelbagai artis | PTS Publication
• Driving Malaysia – Pelbagai artis | Maple Comic
• Pauh Parok! – Pauh | Maba Studio

MUKA HADAPAN TERBAIK
• Jenama X – Aie | Studio Diam-diam Ubi [PEMENANG]
• Dunia Pendekar: Nilam Kesakti Baru – MF Ajif | Komikajif.com
• Koleksi Pendekar Tangan Berapi – Keladi | APT Inventions (Bekazon)
• Spender Boy – Pakngahalipz | Komrad Komik

KOMIK DAKWAH TERBAIK
• Mari Ngaji Bersama UAI – Pandan | APT Inventions (MOY Publication) [PEMENANG]
• Inspirasi Muslim – Farish & Dzul | Ana Muslim
• Misi Budak Tahfiz – Afiq & Nazry Salam, Hanza, Ahmad Syahmi & Imanimex | PTS Publication

KOMIK ALTERNATIF TERBAIK
• Aku Engineer – Topek Comics [PEMENANG]
• Birat! – Ahm Ahmad
• De Gwet: Aura Sakti – Pelbagai artis
• Garaj Komik – Pelbagai artis

ANUGERAH BERUS EMAS
Baba Chua

ANUGERAH TOKOH PENGGIAT KOMIK MALAYSIA
Prof Dr Muliyadi Mahamood

ANUGERAH KEMBARA PEKOMIK
ME @ Azmi Hussin

 

Tags, , , , , , , , , , , , , ,

Tribute untuk Legend Yob Lengkuas

Teringat perbualan telefon kami pada tahun 2015 lepas…
M: ….boleh tuan datang Pekan Kartun 2 di kellie’s castle?
L: …ntahlah mior, aku tak taulah dpt pegi kat idok, byk keje ni…
M: Oklah fine, ‘star’kan? mana nk dtg event kat kampung ni. (berseloroh)
L: Ish kamu ni, awok mesti support punye. Ade keje sikit je. InsyaAllah dtg. Mase pekan kartun 1 aku dtg juga biorpun kena kluor duit sendiri.
M: Oh i see…
L: Yelah utk kartun dan komik di Perak aku support kamu dan Zam. kampung aku di Botekan.
Begitulah bermulanya sebuah teamwork dengan legend Yob Lengkuas. Banyak projek buat sama2 dan belajar dr arwah dalam masa perkenalan sejak tahun 2014.

.

.

.

Antara aktivit2 yg bersama dengan Yob Lengkuas;
1) Pekan Kartun 2014 – Port Ipoh
2) Pekan Kartun 2015 – Kellie’s Castle
3) Pekan Kartun 2016 – Port Ipoh
4) Pekan Kartun 2017 – Zoo Taiping & Safari
5) Lukisan kartun terpanjang @ Street Art Fest 2015 – Matic KL
6) Doodle on Van @ Port Fest 2015 – Dataran MBI Ipoh
7) Doodle on Coaster @ Mural 2016 – Dataran MBI Ipoh
8) Kotakomik @ Get Up! Kluang 2016 – Kluang Mall
9) Komik gergasi @ Pekan Kartun 2016 – Port Ipoh
10) Zoom Kartun 2017 – Summit USJ
11) Komik Chor – Masih dlm proses
12) Artwork utk Hotel Kartun di Sungkai – Masih dlm proses

Tiada ayat2 dpt disusun utk menulis betapa mulia & penuh dedikasi legend Yob Lengkuas. Malah ‘sms’ terakhir yang saya terima dr arwah pada 7/8/17 masih tentang kerja2 kartun dan komik di Perak.

Perjuangan beliau sehingga ke akhir hayat.

Al fatihah

 

 

.

 

Tags, , , , , , ,

Kita semua adalah PEKOMIK!

  • Lagi cerita pengalaman saya bersama ‘scene’ komik di Indonesa iaitu di Pop Con Asia Jakarta 2015, Pop Con Asia Jakarta 2016 dan Pasar Komik Bandung 2017 (PAKOBAN6). Mereka mengelar kami sebagai Pekomik biarpun kami bukan lagi mewakili Persatuan Penggiat Komik Malaysia (Pekomik).
  • Bermula daripada tahun 2015, di Pop Con Asia Jakarta 2015, rakan-rakan Indonesia mengelarkan kami sebagai ‘Pekomik‘. Pada masa itu, saya rasa ok je sebab kehadiran kami diacara tersebut adalah dibawah usahasama Pekomik dan Port Ipoh (membawa jenama Pekan Kartun).
  • Pada tahun seterusnya, Pop Con Asia Jakarta 2016, sekali lagi rakan-rakan Indonesia kami mengelarkan kami sebagai ‘Pekomik‘, padahal masa tu kami datang bawah Comicore Club.
  • Akhirnya pada tahun ini, Pasar Komik Bandung 2017, rakan-rakan Indonesia masih lagi mengelarkan kami sebagai ‘Pekomik‘ biarpun pada masa tu kami membawa jenama ‘Pekan Kartun‘ di bawah Port Ipoh.

.

.

Pada tahun ketiga tersebut, saya pun bertanya pada salah seorang rakan Indonesia; “kenapa panggil nama kami ‘Pekomik’, kami bukan ‘Pekomik‘?

“Apa? Bukan Pekomik itu nama untuk Pelukis Komik Malaysia? Sepertinya kami memanggil pelukis komik di sini (Indonesia) sebagai ‘ komikus.'”

“Oh I see….”

Kesimpulannya, Pekomik telah menjadi amat sinonim kepada pelukis komik malaysia sehingga ia menjadi katanama untuk pelukis/penggiat komik Malaysia. Dengan itu, biarpun kita bukan lagi ahli Pekomik Malaysia, kita semua tetap Pekomik di mata industri kreatif.

.

.

 

Tags, , ,

Perutusan sempena perletakan jawatan dalam Comicore Club Malaysia


===============================
DUA TAHUN COMICORE CLUB REBOOT
===============================
‘Code name’ projek yang telah diaktifkan setahun yang lepas pada 2/4/15 untuk penstrukturan semula Comicore Club yang pernah menyepi untuk beberapa bulan.

————————————–
PENSTRUKTURAN SEMULA
————————————–
Diilhamkan oleh pengasas Comicore Club, Bophairy. Comicore Club dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian Pengurusan dan Bahagian Partners/Artist. Bahagian Pengurusan terdiri daripada 5 orang yang ahli Comicore Club telah dipilih berdasar kebolehan dan pengkhususan masing2. Manakala Bahagian Partners/Artist terdiri daripada sukarelawan yang turut serta dalam aktiviti2 Comicore Club.

Dasar pengkorporatan bermula apabila Bahagian Pengurusan Comicore Club telah didaftar di SSM sebagai Comicore Creative Solution pada 22/4/15 bagi mengemudi Comicore Club. Membolehkan Comicore Club menjana dana aktiviti-aktiviti komuniti dengan perniagaan.

————————————————-
CARTA ORGANISASI 2/4/15 – 1/8/16
————————————————–
1) Bahagian Pengurusan
Bophairy – Pengasas
Mior Azhar – Presiden
Abdul Aziz – Naib Presiden
Danial Haikal – Setiausaha
Shaznihanis – Bendahari
Reja Mus – Ketua Bahagian Partners/Artist
Harahap Darwis – Ketua Bahagian Cosplay/Otaku

2) Bahagian Partners/Artist
Rani Wukong
Kaherul Nezam
Harahap Darwis
Alakazam
Ayoi
Manzar
Burhanuddin Sarji
Zain Master
Taufiqe Oct
Maba Azrul

—————————————————————————-
6 JENAMA DI BAWAH PENGURUSAN COMICORE CLUB
—————————————————————————-
1) Comicore INK
2) Comicoaching
3) Kotakomik
4) INKRamadan
5) Comicore Club Battle
6) Inktober Malaysia (Usahasama bersama Sketches,my, dll)
——————————————————————————–
44 AKTIVITI COMICORE CLUB REBOOT SEHINGGA 2/8/17
——————————————————————————–
1) Booth @ Unicon – Kompleks Sukan Wangsa Maju
2) Booth @ Islamic Fest, Shah Alam
3) Online event Comicore Club Battle #1
4) Booth @ Comic Art fest Kuala Lumpur (CAFKL) , Menara PGRM, Cheras
5) MEET & GREET Ben Wong , Kinokuniya KLCC
6) Live Doodle @ Sembang Teh Tarik & Voluntourism , Avani Gold Cost Bagan Lalang
7) Online event InkRamadan 2015
8) Online event Comicore Club Battle #2
9) Booth @ JB WRITERS READERS FESTIVAL 2015), Medini Mall , Nusajaya
10) Workshop Comicoaching #1, KL
11) Kotakomik x Playtime @ Kluang Mall, Kluang Johor
12) Online event InKtober Malaysia 2015
13) Booth @ GAMEPLAN KDU College, Shah Alam
14) Live Giant Comic , Malaysian Tourism Centre (Matic), Jalan Ampang, KL
15) Live Doodle on Caravan PORT FEST 2015, Dataran Majlis Bandaraya Ipoh
16) Booth @ KL Zine Fest 2015, KL
17) Booth @ Comic Fiesta 2015, The Mines
18) Workshop Comicoaching #2, KL
19) Online event Comicore Club Battle #3
20) Booth @ Festival of Animation & Games (Fang) 2016, Aswara Academy KL
21) Booth @ Conteng LAH ’16, Makespace, Quill City Mall KL
22) Live Doodle on Coaster MURAL 2014, Dataran Majlis Bandaraya Ipoh
23) Mini Comicoaching & Booth @ JB WRITERS READERS FESTIVAL 2016), Medini Mall , Nusajaya
24) Kotakomik x Get UP! @ Kluang Mall, Kluang, Johor
25) Live drawing & Booth @ Anifest Malaysia 2016, The Summit, USJ
26) Counter Terrorist Comic Project, KL
27) Online Event InkRamadan 2016
28) Comic talk, comic challenge and booth @ Popcon Asia 2016, Jakarta
29) Online Event Comicore Club Battle #4
30) Workshop Comicoaching #3, Sarang Studio, KL
31) Online Event Inktober Malaysia 2016
32) Comic talk & booth @ KL Zine Fest 2016, KL
33) Doodle, Mural & booth @ Risdapenuer 2016, Aeon Shah Alam
34) Booth @ Comic Fiesta 2016, PWTC KL
35) Doodle @ Sime Darby Convention Centre, KL
36) Live drawing & Doodle battle @ Zoom Kartun 2017, The Summit USJ
37) Live drawing @ Save Our Rainforest Race 2017
38) TM’s Comic Strip Project, KL
39) Booth @ Pekan Kartun #4, Taiping, Perak
40) Workshop Comicoaching #4, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching
41) Booth @ Komikon X Urbanscapes Pit Stop, KL
42) Online event Inkramadan 2017
43) Booth @ Supermom Art Challenge 2017, Metropoint, Kajang
44) Booth, live drawing, comic exhibition @ Zoom Kartun: Inkramadan 2017 Exhibition, Summit USJ

————–
PENUTUP
————–
Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan, begitu jugalah keberadaan saya dalam Comicore Club. Tiba masanya saya untuk berundur diri. Justeru itu saya harap kawan-kawan semua akan teruskan usaha murni ini. Malah saya masih akan menyertai aktiviti Comicore Club sebagai Artist/ Partner.

Orang akan datang dan pergi, tetapi Comicore Club tetap akan ada! 😀

Semoga kita teruskan usaha membangunkan organisasi berasaskan komuniti pelukis komik yang bersantai-santai sambil bergerak secara progresif dan aktif.

Kita teruskan perjuangan orang-orang terdahulu.

Yang menjalankan tugas;
Mior Azhar
Mantan Presiden
Comicore Club Malaysia

Tags,