Tag komik malaysia

INKramadan: Cabaran melukis di Bulan Ramadan


Inkramadan merupakan satu cabaran melukis sehari 1 lukisan selama 29 hari berdasarkan tugasan yang telah disenaraikan.
CARA-CARA MENYERTAI;
1) Peserta hendaklah ‘create album’ dengan tajuk #Inkramadan di profil facebook anda sendiri dan tetapkan ‘privacy’ album tersebut kepada ‘public’.
2) Lukis lukisan (manual atau digital) dan post di facebook, dengan menggunakan hashtag inkramadan (#inkramadan), comicoreclub (‪#‎comicoreclub‬) dan hastag hari tugasan (‪#‎day01‬‪#‎day02‬‪#‎day03‬, dsb)
3) Setiap post dalam album #inkramadan perlu dikongsikan ke Group Comicore Club
4) Kalau ada yang tertinggal hari, bolehlah ganti dalam masa sebulan Ramadan.
5) Lukisan boleh juga di’upload’ ke twitter, instagram, blog dan sebagainya dengan menggunakan hashtag inkramadan (#inkramadan), comicoreclub (#comicoreclub) dan hastag hari tugasan (#day01, #day02, #day03, dsb)
APA KORANG DAPAT;
1) Terbuka untuk semua. Tak kira usia, bangsa dan negara. Termasuk muslim dan non muslim.
2) Penggunaan hashtag inkramadan ini digunakan oleh peserta-peserta terlibat tak kira dimana mereka berada. Jadi bila kita melukis dan post dengan guna hashtag ini, secara tak langsung lukisan kita akan tersusun sama baris dengan peserta-peserta lain.
3) Salah satu cara seronok untuk praktis melukis secara online dan berjemaah.
4) Di sini juga korang boleh mengambil peluang untuk berinteraksi dengan peserta lain.
5) Mana tau, lukisan yang kita buat mempunyai unsur-unsur dakwah yang membolehkan kita sama-sama mendapatkan pahala berlipat kali ganda dalam bulan Ramadan ini.
6) Sehari satu lukisan dan pada hari terakhir 29 Ramadan, korang boleh buat kompilasi karya2 inkramadan dan ada commercial value, boleh jual.
7) Rasai kehebatan gabungan seni + media sosial selama bulan Ramadan ini!
Jangan lupa untuk #inkramadan #comicoreclub ‪#‎dayXX‬

Tags, ,

Sertai program melukis illustrasi di Selangor Islamic Fest @ Stadium Melawati, Shah Alam pada 30-31 Mei 2015

Tiada program hujung minggu ini??

Jom sertai melukis di Selangor Islamic Fest @ Stadium Melawati, Shah Alam pada 30-31 Mei 2015. 1) Token akan diberikan (wang tunai)
2) Tshirt
3) Makan 3 kali
 4) Boleh jual produk2 sendiri di booth yg disediakan.

Kita akan bersama2 dengan kumpulan komik spt, Comichat, Pekomik, Comicore Club dan lain2.

TEMPAT TERHAD

Berminat?

Hubungi MIOR 012 571 3503 segera.

Cetusan komik dan dakwah

Tags,

Logo rasmi Pawagam Comicore

Design oleh Danial Haikal 
.
. [youtube https://www.youtube.com/watch?v=Y2F1PJsoHgQ?rel=0]

Tags,

Video highlight Pekan Kartun Kellies 2015 (Cita-Cinta – RWB)

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Pwd938iVUHA?rel=0]
Video highlight Pekan Kartun Kellies 2015
Produksi TupaiTV
#pekankartun

Tags, ,

Booth Comicore Club @ Universal Convention ( #UNICON )

Sedikit candid foto booth Comicore Club @ Unicon 2015 pada malam semalam (8/5/15). Antara yang menarik semalam;

1) Kunjungan YB Dato’ Ahmad Fauzi Zahari ke booth Comicore Club
2) 3 buah meja saiz 5X3 penuh dengan pelbagai produk Comicore Club bersama partners/artist
3) Custom button badge oleh Shaznihanis. Dihasilkan on the spot.
4) Komik terbaru Founder Comicore Club, Bophairy pada harga DISKAUN.
5) Jualan zine-zine komik yang rare, unik dan tidak dijual dimana-mana kedai.
6) Komik terbaru Kartunis Ujang 
7) Baju-baju menarik untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
8) Banyak lagi… 

Jemput datang beramai-ramai ke Unicon. Comicore Club masih berada di event Unicon 2015 di Kompleks Sukan Wangsa Maju hari ini dan esok. Istimewa hari minggu, LIVE DRAWING daripada partners/artist Comicore Club. Masuk PERCUMA 🙂 



Tags,

COMICORE BATTLE REBOOT #01: The avengers kini bermula!!!


Comicore Club Battle #01 mengajak anda semua untuk sama-sama ‘redesign’ karektor-karektor The Avengers: AGE OF ULTRON
Lukis
BATTLE
Menang komik-komik menarik!!! 

Penyertaan secara digital atau manual diterima, dan kami amat mengalu-alukan kepelbagaian stroke, syle atau apa cara sekalipun dalam penghasilan ‘characther redesign’ edisi The Avengers: AGE OF ULTRON ini. dan untuk itu, syarat-sayarat seperti dibawah perlulah dipatuhi :
SYARAT-SYARAT
1. Peserta hendaklah post artwork di profil facebook anda sendiri dan tetapkan ‘privacy’ post tersebut kepada ‘public’.
2. Setiap post di buat di facebook hendaklah di sertakan juga #‎battlecomicoreclub01‬‪#‎comicoreclub‬
3. Setiap posting battle perlu dikongsikan ke Group ComicoreClub  
4. Tempoh penyertaan adalah 14 hari sahaja. (29/4/15 hingga 13/5/15).
5. Penyertaan yang ada dinilai oleh juri jemputan khas.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Mior 012 5713503 atau  comicoreclub(a)gmail.com
.
.
HADIAH-HADIAH UNTUK DIMENANGI
Pertama: Captain America Winter Soldier 
Kedua: Underworld Movie Trilogy 
Ketiga: Star Trek
sumber:- https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=437344729761201&id=263594717136204

Tags, ,

Sultan Nazrin Shah: Pelukis Malaysia disaran lihat karya luar

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah menggesa para pelukis tanah air melihat ke luar sempadan negara untuk melihat bagaimana pihak lain menghasilkan karya lukisan mereka sekalipun ketika menghadapi kesulitan dan halangan.  

    

Sultan Nazrin berkata seni lukis sering menjadi moda berkesan ekspresi politik dan sosial sebagaimana sejarah membuktikan bahawa ramai pelukis yang memberi pengorbanan besar kerana berani menentang ketidakadilan.

    

“Seni lukis juga merangsang cita rasa dan menggalakkan kita berfikir dan memancarkan sesuatu di luar apa yang kita lihat di hadapan kita.

“Seni lukis setiap negara memaparkan sifat-sifat istimewa yang menceritakan kepada kita tentang harapan dan aspirasi pelukis dan negara berkenaan.

    

“Karya lukisan agung mencermin dan menampakkan elemen yang merentasi masa, ruang dan sempadan fizikal,” titah baginda pada pembukaan pameran “The Masters of Myanmar Art” di sini, semalam.‎

    

Turut hadir di majlis itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.


Sultan Nazrin bertitah selaras dengan meningkatnya pengumpulan dan penghargaan karya lukisan, lapangan seni ini kini muncul lebih canggih dengan lebih banyak peluang pekerjaan untuk kurator lukisan, ‘conservator’, penulis dan designer katalog.

    

“Hari ini, pelukis terkemuka di Malaysia seperti Latif Mohidin, Yusof Ghani, Ahmad Zaki Anwar dan ramai lagi dapat meraih pendapatan lumayan berbanding pada zaman awal negara, bila kumpulan pertama pelukis kita pulang dari latihan di seberang laut dan memulakan kerjaya sebagai pelukis profesional,” tegas baginda.


Sultan Nazrin bertitah, “Perkembangan seni lukis Myanmar punya beberapa persamaan dengan seni lukis kita, dari segi pengaruh Penjajahan British.

    

“Sebagaima beta fahami, lukisan air dan minyak serta Impressionisme dan Realisme masih merupakan ciri dominan dalam seni lukis Myanmar”.

    

Baginda mengucap tahniah kepada pelukis Myanmar yang menaruh minat peribadi mempromosi seni lukis Myanmar di Malaysia. – Bernama
Sumber:- http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/pelukis-malaysia-disaran-lihat-karya-luar-1.382162

Tags