Tag komik malaysia

Kartunis lebih berani membela rakyat Palestine

Damsyik: Pelukis kartun bertindak lebih pantas memberi reaksi terhadap keganasan terbaru rejim Zionis Israel berbanding pemimpin negara Arab serantau.
Dengan angka kematian sehingga petang semalam (waktu Malaysia) mencecah sekurang-kurangnya 115 orang dan kemarahan masyarakat dunia terus memuncak, pelukis kartun di Timur Tengah tampil menyindir orang awam kerana memikirkan banyak isu lain berbanding penderitaan penduduk Gaza.
Antara isu yang menjadi perhatian ramai di Timur Tengah ialah demam Piala Dunia. 

Ketika Israel menjadi sasaran kecaman masyarakat Arab serta AS yang menyokong negara itu, keberkesanan Liga Arab turut dipertikaikan.

Pelukis kartun Abdullah Jaber ‘bertindak’ lebih pantas dengan menghasilkan lakaran menunjukkan sebuah kereta kebal Israel mengisi minyak berjenama “Arab Senyap.”

Pelukis kartun Mesir, Amr Okasha melukis dua lelaki pejuang jihad sedang berbual.

Seorang daripadanya berkata: “Zionis menyerang Gaza,” dan dijawab rakannya – yang memegang bendera hitam Negara Islam Iraq dan Syam: “Kita sedang sibuk. Kita cuma mahu membunuh orang Arab.” 

Pelukis kartun Jordan, Emad Hajjaj menghasilkan imej seorang penjaga gol dalam bentuk peta Palestin yang bersusah-payah cuba menangkap objek berlogo Zionis.

Hamzeh Hajjaj pula menghasilkan kartun dengan tiga lelaki berbual. 

Lelaki pertama berkata: “Saya orang Arab dan menyokong Jerman.”

Lelaki kedua pula berkata: “Saya orang Arab dan Brazil.”

Akhirnya lelaki ketiga berkata: “Saya orang Arab dan mahu rakyat Arab bangkit daripada tidur.”

Kartunis Arab Saudi, Aimantoon memilih imej seorang remaja melahap kentang goreng dan minuman berkarbonat sambil menangis melihat laman sesawang Gaza yang mendapat ribuan “Like.”

Seniman Libya pula menggunakan Twitter untuk menyindir: “Jangan bimbang penduduk Gaza. Orang Arab di seluruh dunia sedang menukar gambar profil mereka untuk membantu kalian.” 

Imej lain yang beredar di media sosial turut menampilkan ketidakseimbangan perhatian diberikan kepada korban keganasan itu – lebih 100 orang penduduk Palestin maut dan tiada kematian di pihak Israel. 

Black berkata, reaksi kerajaan Arab juga tidak begitu memberangsangkan, antaranya gara-gara kebencian Arab Saudi dan Mesir kepada gerakan Islam Hamas yang mentadbir Gaza. 

Jordan pula mengecam Tel Aviv kerana melakukan ‘keganasan tidak bertamadun’ ke atas Gaza, namun seperti Mesir, mereka dilihat tidak akan merosakkan perjanjian damai dengan rejim Zionis itu.

Media Syria pula mengutuk Riyadh dan Doha kerana menyokong gerakan menggulingkan Presiden Bashar al-Assad namun tidak berbuat apa-apa bagi membantu Gaza.- Agensi


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13sumber:- http://www.hmetro.com.my/articles/Kartunislebihberani/MA/Article

Tags,

‘Kampung Boy’ bantu mengajar universiti Jepun

Novel grafik ‘Kampung Boy’ karya Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat, dalam edisi bahasa Jepun akan dijadikan bahan membantu mengajar pelajar pengajian Asia Tenggara di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), institusi pengajian tinggi tertua di matahari terbit ini.

    

Kampung Boy diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama TUFS Press, Tokyo iaitu syarikat yang turut bertanggungjawab terhadap pemasarannya di Jepun.
    
“Ia akan menjadi bahan bantu mengajar yang sangat menarik kerana masyarakat dunia 50 tahun yang lepas, pernah melalui kehidupan yang serupa seperti yang ditonjolkan dalam Kampung Boy.
    
“Budaya yang dipaparkan dalam Kampung Boy merupakan kehidupan yang sangat dekat dengan alam semula jadi yang serupa seperti kebanyakan masyarakat di dunia,” kata Lat kepada pemberita di Tokyo hari ini.
    
Edisi itu dilancarkan serentak dengan perasmian Pavilion Malaysia di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo Ke-21 (PBAT21) di Tokyo Big Sight yang pamerannya berlangsung selama empat hari sehingga 5 Julai ini.

Lat berkata terbitan Kampung Boy adalah hasil terjemahan semula pensyarah bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia, Hieda Natsue dan kemudian disunting pensyarah TUFS, Prof Madya Soda Naoki.

    

Edisi pertama diterbitkan syarikat Shonbunsha Ltd pada tahun 1984 yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Jepun.

    

Sebagai Negara Tema yang kesembilan pada PBAT21, Pavilion Malaysia turut menerima kunjungan anggota kerabat diraja Jepun Puteri Mako yang mewakili bapa beliau Putera Akishino yang juga merupakan Presiden Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (PBAT).

    

Terdahulu baginda merasmikan PBAT21 dengan kesemua 25 ketua delegasi turut memotong riben.

    

Malaysia diwakili Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron dan Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Malaysia di Jepun, Hendy Assan.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia, Noor Azlan Abu Bakar.

    

Penyertaan Malaysia buat kali keempat di PBAT adalah hasil kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan membawa 1,500 judul buku menerusi 20 penerbit.

    

Turut ditonjolkan persembahan mak yong dan wayang kulit.

    

Mohd Khair selaku ketua delegasi berkata kerjasama dalam penerbitan Kampung Boy merupakan antara hasil strategik penyertaan Malaysia di PBAT selama tiga tahun sebelum ini.

    

“Ini merupakan perkongsian intelektual dua negara yang bakal menguntungkan kedua-dua pihak khususnya dalam menyokong perkembangan bahasa Jepun dan tamadun Asia Tenggara,” katanya.

Ketua Editor TUFS Press, Prof Iwasaki Minuro pula berkata pemilihan Kampung Boy dalam kerjasama itu adalah disebabkan idea serta jalan ceritanya yang diterjemah dan diterbit dalam 12 bahasa dunia.

    

Beliau berkata ia bukan sahaja sesuai untuk tujuan pembelajaran tetapi juga sebagai dokumen sosial masyarakat yang sekali gus menjelaskan bagaimana ia mampu membina pasaran di pelbagai negara antaranya Perancis, Belanda, Jerman, Korea dan Amerika.

    

“Menerusi Kampung Boy, kita dapat mengimbas kembali kenangan di masa lampau. Saya percaya masyarakat Jepun dapat memahami cerita yang disampaikan menerusi Kampung Boy,”  katanya.

    
– Bernama


sumber: – AkuNapie & http://www.malaysiakini.com/news/267473

Tags, , ,

CAFKL’14: Zine-zine pemenang Cabaran Komik Dakwah 24 Jam Pekomik

Ahm Ahmad adalah Johan dan Amin landak merupakan second runner up atau pemenang tempat ketiga Cabaran Komik Dakwah 24 Jam Pekomik yang telah berlangsung pada minggu lepas di Panggung Seni, UKM.
Zine-zine dari Ahm Ahmad dan Amin Landak sedang hangat dijual di booth Pekomik di galeri annexe, pasar seni yang sedang berlangsung pada 7-8 Jun 2014 ini. Cetakan terhad. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok. 




[youtube https://www.youtube.com/watch?v=WUSWYVdIzig]

Tags,

Geng Gelabah @ Boco #11 pada 7/6/2014 ini

Tags,

Trailer: Cabaran Komik Dakwah 24 Jam

24HR_DAKWAH_COMIC_PROMOTIONAL_POSTER
Untuk keterangan lanjut, sila layari PEKOMIK.ORG.MY
.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=WUSWYVdIzig]

Tags, ,

Cabaran 24 Jam Komik Dakwah

Dapatkan maklumat lanjut di Pekomik

Tags, ,

PSSA2014: Tentatif Persidangan Siberlogi Seni Antarbangsa 2014

POSTER PSSA2014 YANG TERKINI DAN TARIKH BAHARU (22 – 26 JUN 2014) 


Tags