Tag komik malaysia

Jualan komik rare di Kellie’s Castle 3/5/14 – 4/5/14

Dapatkan komik-komik rare di sini!
Terima kasih

Tags

Pesta Seni Seri Setia pada 19/4/14

Tags

Laporan Aktiviti dan Agenda PEKOMIK untuk Suku Pertama 2014 (JANUARI – MAC)

Berikut adalah laporan rasmi aktiviti dan agenda PEKOMIK untuk Suku Pertama Tahun 2014 (JANUARI – MAC):
1. Mesyuarat Tahunan AJK Pekomik, 8/2/2014 
Semua ahli jawatankuasa Pekomik telah berkumpul pada 8/2/14 di Georgertown Kopitiam, Wangsa Walk Mall KL untuk mengatur perancangan persatuan sepanjang tahun 2014. Majoriti AJK hadir dan ahli-ahli jemputan yang lain juga berminat untuk tampil aktif membantu menaikkan imej industri komik tanah air dalam perjumpaan selama lebih kurang 3 jam ini.
Agenda Mesyuarat: 1. Perutusan dan amanat Presiden 2. Sesi ‘ice-breaking’ 3. Progres dan kemaskini semasa 4. Perancangan dan pembentangan aktiviti sepanjang 2014 5. Perkara berbangkit dan lain-lain
2. Liputan media, akhbar Harian Metro, 31/1/2014 
Wartawan Siti Salmiah A. Hamid telah mewawancara Presiden Faizal Mukhtar dan Mantan Presiden Azhar Abdullah dengan judul ‘Terpinggir di Kedai Buku’ dalam artikel yang disiarkan pada 31 Januari, 2014.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Terpinggirdikedaibuku/Article/index_html

3. Projek Komik Kompilasi, 4/2/2014 
Hasil dari perbincangan antara Cesaga & Pekomik, Pekomik telah ditawarkan lima kuota slot untuk menampilkan karya-karya bakat muda baru Pekomik dalam sebuah projek kompilasi komik. Projek komik tersebut diuruskan oleh Danial selaku Pengarah Cesaga. Projek kompilasi komik ini dijangka akan mendapat dana dari badan berkanun kerajaan dan sokongan dari pelbagai media arus perdana.

4. Usahasama Pekomik & Foresight, 4/2/2013 
Pengarah Sekolah Bakat/Foresight, Ahmad Naim Jaafar telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Pekomik untuk satu projek sinergi baru yang tertumpu fokusnya kepada bakat-bakat baru pengkaryaan komik dan kartun yang bermula dari peringkat sekolah.
Rujukan: http://www.foresighteducation.my | http://sekolahbakat.weebly.com

5. Pekomik ke Majlis Penyampaian Hadiah Gangsa Anugerah Antarabangsa Manga kali ke-7, 22/2/2014 
Pekomik telah dijemput menghadirkan diri ke Majlis Penyampaian Hadiah Gangsa Anugerah Antarabangsa Manga kali ke-7 di Kinokuniya, Suria KLCC pada 22/2/2014. Ahli-ahli 🙂 Pekomik yang hadir berkesempatan untuk beramah mesra dengan pemenang anugerah yang mengharumkan nama Malaysia iaitu Zint serta wakil-wakil dari kedutaan Jepun ke Malaysia dan para hadirin jemputan khas terutamanya dari Art Square Group.

6. Perasmian PekomikTV (saluran YouTube), 14/3/2014 
Pada tarikh yag di atas, Pekomik telah melancarkan PekomikTV. Ia diwujudkan berdasarkan misi Pekomik untuk membawa dan mendedahkan bakat-bakat baru dan profesional industri dari seluruh tanah air ke medan media baru secara lebih meluas. Ianya akan dijadikan platfrom kepada para penggiat komik tempatan menaik-turun dan berkongsi video-video yang berkaitan dengan dunia komik seperti dokumentari, tutorial dalam penghasilan komik, pengiklanan komik dan pelbagai lagi tujuan lain. Ia juga merupakan salah satu usaha program penjenamaan semula persatuan dengan bantuan dan sokongan padu dari ahli-ahli PeKOMIK.
URL Channel PekomikTV: http://www.youtube.com/channel/UCGxjSrlTM9uQ43uCUFjEuzg

7. Sesi Ramah Mesra dengan trio kartunis ‘The Muslim Show’ 
Pekomik telah menerima undangan daripada PTS/Komik-M untuk bersama-sama dalam satu sesi ramah mesra dengan trio kartunis ‘The Muslim Show’ pada 20/3/2014 di Bangi Kopitiam, Dolomite Business Centre, Gombak.

8. Mesyuarat untuk ICC2014 (Universiti Malaysia Kelantan & Karangkraf) 
Pekomik telah dijemput sebagai panel rasmi untuk pelan perancangan induk awal bagi International Conference on Cyberlogy 2014 pada 28/2/2014 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Ianya akan diadakan pada 18-22 Mei, 2014 di UMK Cawangan Bachok, Kelatan. Laporan rasmi akan menyusul.
Laman rasmi: http://internationalconferencecyberology.wordpress.com

9. Jemputan ke Karnival Kakitun 2014
Wakil-wakil daripada Pekomik telah dijemput ke Kellie’s Castle, Jalan Batu Gajah, Perak untuk Karnival Kakitun yang berlangsung pada 22 hingga 30 Mac, 2014. Ianya turut dihadiri oleh Penaung Pekomik Datuk Lat yang diraikan sempena 50 tahun berkarier dalam dunia kartun dan ramai lagi barisan kartunis serta pelukis komik ternama lain. Rakan strategik Pekomik iaitu ANIMAS juga turut hadir.

Tags

Battle #5: Yuri Red Alert

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0U-718do-_g]

Alami gegaran battle #5 di www.comicoreclub.com



E001 Eiji Talha – Yoo Ree
E002 Reja – Yuri bertopeng
E003 Terlalu poyo – Lompat bintang
E004 Aliff aniki – Fabulous Yuri
E005 Aku Napie – Cyclone Yuri Robot
E006 Bophairy – Juri
E007 Taufiqe oct – Yuri red alert stailista and thinker for battlefield
E008 Adrian Shah – Yuri’s Monster Head
E009 Ash ran – Bayuri
E010 Shairazi Azlin – Regenerate
E011 Bophairy – Uri 
E012 Amin Landak – Yuri Pari
E013 Taufiqe Oct – Yuri’diction’
E014 Chiefu san – YuriX
E015 Mohamad Idham – YURI-an
E016 Tok Rimau – Yuri Octopov
E017 Tok Rimau – Yuri Psychotic Wave
E018 Syed Mohd Badril Hisham – Yourin
E019 Bophairy – Laksamana Yuri
E020 Terlalu poyo – Tok guru Yuri
E021 Cheifu San – Yuri Chan
E022 Hanis Rahim – Yuri Belang Tarung a.k.a Yuri Kutub Utara
E023 Kharemo Butet – Yuri Ko
E024 Adimusha – Yuri Pelik
E025 Roshidi Roslan – Yuri berkepala bullseye
E026 Tuyuk – Khairul Yuri Chomat

Tags

Majlis perasmian Balai Kartun Rossem 21/4/2014

sumber:- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201807618740994&set=a.1236748567669.2031868.1497877550&type=1&theater



Tags

Comic Art Festival Kuala Lumpur: Register for booth 30/3/14 – 20/4/14

Tags

30 Day Drawing Challenge @ Comicore Club

Adakah anda bersedia untuk#30DaysComicoreChallenge? Satu Cabaran, 30 tugasan, 30 hari. #30DaysComicoreChallenge akan berlangsung selama 30 hari di mana setiap hari anda akan diberikan satu tugasan dan tugasan tersebut perlu diselesaikan dalam masa sehari. Setiap hari anda akan diberikan tugasan yang berbeza mengikut tema yang ditetapkan.
SYARAT-SYARAT
1. Peserta hendaklah ‘create album’ dengan tajuk #30DaysComicoreChallenge di profil facebook anda sendiri dan tetapkan ‘privacy’ album tersebut kepada ‘public’.

2. Setiap tugasan harian #30DaysComicoreChallenge hendaklah dimuatnaik dalam album tersebut berserta dengan tajuk tugasan (contoh :- #Day01Yourself). Sertakan juga #30DaysComicoreChallenge.
3. Setiap album #30DaysComicoreChallenge perlu dikongsikan ke Group Comicore Club
4. tugasan tidak perlu berwarna, hanya hitam dan putih sahaja.
5. peserta perlu ‘like’ page ini terlebih dahulu (penting tu, hehehe)
#30DaysComicoreChallenge akan bermula pada 1 April 2014 (Selasa) dan akan berakhir pada 30 April 2014 (Rabu). Kata, 30 hari kan? 

Penyertaan yang terpilih akan dikompilasikan menjadi sebuah zine. best tak?
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada admin (inbox, wall post). SMS tidak dilayan, hehehe…
Good luck semua! 

Tags