Tag komik malaysia

Minggu Kartun & Komik di Alor Setar, Kedah

MINGGU KARTUN DAN KOMIK 2017

Tarikh: 16 – 20 Februari 2017

Lokasi: Ruang Legar Star Parade, Alor Setar, Kedah

 

Tags, ,

Webkomik Sucomi berwajah baru

Antara webkomik popular di Malaysia, Sucomi telah kembali lagi dengan website berwajah baru. Masih segar menampilkan karya komik tempatan secara percuma dalam Bahasa Melayu yang eksklusif hanya di Sucomi. Sucomi adalah sebuah platform penerbitan komik online di Malaysia. Pengasas Sucomi iaitu Azam Azri mewujudkannya untuk membantu pengkarya membina kerjaya mereka sebagai artis komik.

 

 

 

Laman web baru Sucomi yang menampilkan ciri-ciri baru seperti, bahagian komen, ‘subscribe’ Komik, ‘Sharing’ dan ‘Rating’. Selain itu, Website baru Sucomi kini ada kotak sembang. Kini, pembaca boleh sembang dengan mereka yang sedang online juga!

 

Rujukan:- https://www.facebook.com/sucomimalaysia/ & http://sucomi.com/mengenai-kami/

 

Tags, , ,

Jualan komik indie, novel indie dan ‘original artwork di Maba Studio

31-Jan-2017 | Selepas selesai urusan di Soho Suite @ KLCC tempoh hari, saya terus ke pejabat Maba Azrul di Wangsa Maju. Tujuan saya ke sana adalah untuk menyambung perbincangan berkenaan ‘job’ yang kami dapat dan menyiapkan sebut harga.

Setiba di sana, alangkah terpegunnya apabila melihat studio beliau yang kemas tersusun banyak komik-komik ‘rare’, novel indie dan ‘original artwork’. Ditambah dengan haruman pewangi dalam studio itu. Antara komik komik yang terdapat disitu adalah, Jenama-X, komik-komik zine Comicore Club, Birat!, Yak bo tee, komik-komik Rentaka Comic dan banyak lagi. Antara novel-novel indie yang ada adalah keluaram daripada dubook press, kaukab dan banyak lagi.

Paling isitimewa yang tidak dapat ditempat lain adalah karya-karya ‘original’ daripada studio majalah ‘Lanun’ dan ‘Toin-toin’. Menurut beliau, karya-karya ‘original’ tersebut adalah karya yang telah dibuang oleh para kartunis ketika pejabat telah berpindah/tutup. Antara yang buat saya mengeletar lutut adalah karya ‘original’ daripada kartunis Tembakau.

 

 

Tags, , ,

Netflix’s Spectral Pre-Quel Comic by Malaysian Comic Talent

Pada bulan Disember lepas, Netflix telah menayangkan filem ‘Spectral’ yang mengisahkan sekumpulan tentera menentang kuasa ghaib di medan perang. Terkini, Legendary Comics telah menerbitkan sebuah ‘pre-quel’ kepada Spectral yang ditayangkan di Netflix dalam bentuk komik digital iaitu – Spectral: Ghosts of War, di comixology.

Spectral: Ghosts of War menampilkan;

Penulis:  Seamus Kevin Fahey (Battlestar Galactica) & Sean Fahey (BlackJack Press)

Lukisan: Zid (Kong: Skull Island)

Zid atau Mohammad Yazid Kamal Baharin merupakan pelukis komik Malaysia yang banyak menghasilkan karya di peringkat antarabangsa dan juga tempatan. Untuk makluman lanjut tentang beliau, boleh layari website http://www.mohammadyazid.com/

.

 

Boleh dibaca secara online di  ComiXology.
http://bit.ly/2iMxmD0

Sumber:- https://www.bleedingcool.com/2017/02/01/netflixs-spectral-gets-comic-book-prequel-today/, https://www.facebook.com/pg/legendarycomics/ & http://www.mohammadyazid.com/

Tags, , ,

Health & Safety Cartoon Poster Project

31-Jan-17 ini, saya pulang ke Kuala Lumpur awal biarpun masih cuti tahun Baru Cina untuk diskusi sebuah projek poster kartun di Soho Suite @ KLCC, Jalan Perak. Saya dan Maba azrul telah berjumpa dengan wakil dari syarikat perunding tersebut pada pukul 11.30 pagi.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, dan pihak tersebut. Ia merupakan projek di bawah Comicore Club dan bakal dijayakan oleh Maba Azrul.

Harap projek ini dipermudahkanNya.

 

 

Tags, , ,

MASH-UP BATTLE | KELUANG MAN & DEADPOOL

Bayangkan kalau KeluangMan digabungkan dengan Deadpool bagaimanakah rupa paras mereka? susah nak bayangkan bukan? Jadi marilah kita perah otak dan sertai ‘battle’ ini!!!
Panel juri akan memilih 3 orang pemenang yang paling kreatif design-nya dan beliau akan membawa pulang hadiah KOMIK yang telah ditaja olehBuasir Otak: The Komik dan T-Shirt ORIGINAL Keluang Man yang taja oleh Homework Studio.
Semua penyertaan battle akan diarkibkan dalam webkomik no.1 Malaysia,Matkomik. Serta akan dipaparkan dalam slide show montage dalam channel you tube ‘pawagam Comicore’ yang dikuasakan oleh tupaitv.com
Battle ini bermula pada 20/2/2016 dan akan berakhir pada 4/3/2016.
UPLOAD PERYERTAAN ANDA DI
JURI JEMPUTAN KHAS – Ibnukaduk Ameir
Tuan Ibnukaduk atau Amier sebelum ini bermula dalam seni kreatif sbg kartunis majalah Gelagat. Kemudian beralih arah ke bidang animasi bermula dengan Usop Sontorian pada 1994. Kemudian pada 1997 bersama membentuk dan menghasilkan animasi Keluang Man. Seterusnya pada tahun 2001, Bersama Quest Animations (m) Sdn. Bhd. -sebagai Penolong Pengarah Animasi. Kini bermula 1 Jun 2008 sepenuh masa di Homework Studio bersama teman-teman dalam cubaan menghidupkan studio animasi dan percetakan T-shirt sendiri. Di samping itu, kini beliau bergiat cergas sebagai Timbalan Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas).
Dengan kata lain, Tuan Amier merupakan salah sorang pioneer dalam animasi Malaysia. Cool!!! 

grin emoticon

Jom berBATTLE!!! 
grin emoticon
Tarikh tutup 4/3/16 semakin hampir!
LAYARI SEGERA!!

Tags,

Comicoaching bersama Editor Komik Bestseller, Penulis Komik Bestseller dan Pelukis Komik Indie Bestseller


Comicoaching #2 | 23 Januari 2015 | Taman Setapak Indah, KL (berdekatan Uptown Danau Kota)
Daftar segera!
TEMPAT TERHAD
Hantar “ON COMICOACHING” ke:
SMS / WHATSAPP: +6019 278 0120
EMAIL: hello@comicoreclub.com
.
.

.
.
COMICOACHING #2
REJA MUS | NAZRY SALAM | AHM AHMAD



Tags,