Tag lengkuas

Video #tributelengkuas

.

Dedikasi untuk sahabat…

Yob Peon atau Mat Despatch adalah salah satu karektor komik khazanah seni tanahair ciptaan Allahyarham Abg Yob Lengkuas.

Selain kartunis lejen & ketua editor majalah Ujang dan Bekazon, Allahyarham juga merupakan salah seorang artist/partner yang sentiasa menyokong aktiviti2 Comicore Club, malah bersama2 kami bermusafir & buat event di KL, Johor dan Perak.

Sebagai tanda penghargaan, kasih sayang dan brotherhood, kita lukis tribute khas untuk Allahyarham yang telah banyak menabur jasa dan mengangkat seni komik dan kartun disatu tahap yg tinggi.

AL FATIHAH

Sertai Facebook Group Comicore Club untuk menyaksikan artwork dalam video ini.
https://www.facebook.com/groups/comicoreclub/

Tags, , , , , ,

Lengkuas’s Comic Shop @ Giant Hyper-mart, Batu Caves

6-Feb-2017 | Hari minggu ini saya tidak berkesempatan untuk balik ke Ipoh macam biasa kerana ada tugasan videografi perkahwinan di PJ dan Damansara.

Selepas selesai urusan, saya sempat singgah ke kedai jualan komik kartunis Lengkuas atau saya namakan sebagai Lengkuas’s Comic Shop. (Memandangkan lot jualan tersebut adalah untuk jangka masa panjang dan abang Lengkuas pun tidak letak apa-apa nama lagi. Hu3…) ¬†Disamping itu, saya jadikan nama tersebut sebagai tempat ‘check in‘ di media sosial. Harap boleh membantu perniagaan beliau yang semakin naik ini.

 

 

Apa-apapun, kepada kolektor-kolektor majalah dan komik tempatan mesti datang ke sini kerana banyak komik2 lokal seperti Jenama X, Skoolastik, Ujang, Bekazon, Apo?, Tik Tok dan banyak lagi komik2 terkenal. Anda semua boleh borong banyak-banyak kerana semua komik di sini dijual pada harga yang istimewa. Malah, boleh tawar-menawar jika pembelian secara borong.

 

Walaubagaimanapun, kehadiran saya di sini, bukanlah untuk membeli komik-komik beliau. Saya ke sini untuk berdiskusi dan berguru dengan beliau dalam arena komik dan kartun Malaysia. Antara topik kami adalah mengenai;

  1. Penerbitan komik CHOR
  2. Pekan Kartun #4 di Taiping – 8-9 April 2017
  3. Pengisian Hotel berkonsep Kartun Lokal di Perak
  4. …dan lain-lain

Harap semua urusan ini dipermudahkan.

Tags, , , , , , ,