• Make a reservation: 1-800-123-4567
  • Email Us: themes@webriti.com

Tag mabastudio

Kehidupan di sebalik Bulan: Sessi sembang santai di Maba Studio

.

Tuan Azrul Maba mengajak kawan-kawan yang berminat untuk sessi sembang santai bersama penulis novel Kehidupan di sebalik Bulan, Yuszlan Yon bertempat di Maba Studio di Wangsa Maju (berdekatan NZ wangsa maju). Buku indie ini merupakan terbitan sendiri dan mengisahkan tentang dadah, seks dan cinta kembara dunia.

.

.

Tempat: M A B A S T U D I O, No 23-2-02, Jalan Wangsa Delima 5, Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Tarikh: Jumaat @ 17 feb 2017

Masa: Selepas Solat Jumaat

.

 

.

Untuk makluman lanjut, hubungi  Maba Azrul – maba_studio(a)yahoo.com

.

sumber:- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1302127246512285&set=a.378610658863953.85557.100001450669254&type=3&theater & https://www.facebook.com/kehidupandisebalikbulan/

 

Tags, ,

Jualan komik indie, novel indie dan ‘original artwork di Maba Studio

31-Jan-2017 | Selepas selesai urusan di Soho Suite @ KLCC tempoh hari, saya terus ke pejabat Maba Azrul di Wangsa Maju. Tujuan saya ke sana adalah untuk menyambung perbincangan berkenaan ‘job’ yang kami dapat dan menyiapkan sebut harga.

Setiba di sana, alangkah terpegunnya apabila melihat studio beliau yang kemas tersusun banyak komik-komik ‘rare’, novel indie dan ‘original artwork’. Ditambah dengan haruman pewangi dalam studio itu. Antara komik komik yang terdapat disitu adalah, Jenama-X, komik-komik zine Comicore Club, Birat!, Yak bo tee, komik-komik Rentaka Comic dan banyak lagi. Antara novel-novel indie yang ada adalah keluaram daripada dubook press, kaukab dan banyak lagi.

Paling isitimewa yang tidak dapat ditempat lain adalah karya-karya ‘original’ daripada studio majalah ‘Lanun’ dan ‘Toin-toin’. Menurut beliau, karya-karya ‘original’ tersebut adalah karya yang telah dibuang oleh para kartunis ketika pejabat telah berpindah/tutup. Antara yang buat saya mengeletar lutut adalah karya ‘original’ daripada kartunis Tembakau.

 

 

Tags, , ,

Health & Safety Cartoon Poster Project

31-Jan-17 ini, saya pulang ke Kuala Lumpur awal biarpun masih cuti tahun Baru Cina untuk diskusi sebuah projek poster kartun di Soho Suite @ KLCC, Jalan Perak. Saya dan Maba azrul telah berjumpa dengan wakil dari syarikat perunding tersebut pada pukul 11.30 pagi.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, dan pihak tersebut. Ia merupakan projek di bawah Comicore Club dan bakal dijayakan oleh Maba Azrul.

Harap projek ini dipermudahkanNya.

 

 

Tags, , ,