• Make a reservation: 1-800-123-4567
  • Email Us: themes@webriti.com

Tag meo188

Pejuangan belum selesai, tetapi saya…

Selesai sahaja gilang gemilang Pekan Kartun #4 di Taiping, saya terus balik ke KL pada malam Ahad lepas. Kemudian seminggu outstation Melaka keje audit certification agency utk project treatment plant. Jumaat malam nanti, saya akan balik KL sebentar untuk berjumpa dengan prospek TupaiTV. Kemudian baru boleh balik untuk jumpe family yang sudah 2 minggu tidak jumpa 😭

Sambil2 buat Pekan Kartun #4 yg lepas, team dalam perancangan untuk projek comicoaching ke Kuching dan JB. Selain itu, proposal Road To Pakoban 2017, Anugerah Komik Online, persiapan untuk inkramadan, dan banyak lagi proposal lain utk projek2 yg tidak tahu berjaya ke tak. Tidak lupa juga projek2 sampingan yang masih belum disiapkan.

.

.

Rindu pada family tidak pernah terubat.

Dapat jumpa sehari dua hari je.

T_T

That’s life

.

 

Tags,

Komik Online | NINJA CIPAN

Re-post dari blog lama www.freewebcomic.com yang telah ditutup.

 

Tags, , , , ,

Jualan komik indie, novel indie dan ‘original artwork di Maba Studio

31-Jan-2017 | Selepas selesai urusan di Soho Suite @ KLCC tempoh hari, saya terus ke pejabat Maba Azrul di Wangsa Maju. Tujuan saya ke sana adalah untuk menyambung perbincangan berkenaan ‘job’ yang kami dapat dan menyiapkan sebut harga.

Setiba di sana, alangkah terpegunnya apabila melihat studio beliau yang kemas tersusun banyak komik-komik ‘rare’, novel indie dan ‘original artwork’. Ditambah dengan haruman pewangi dalam studio itu. Antara komik komik yang terdapat disitu adalah, Jenama-X, komik-komik zine Comicore Club, Birat!, Yak bo tee, komik-komik Rentaka Comic dan banyak lagi. Antara novel-novel indie yang ada adalah keluaram daripada dubook press, kaukab dan banyak lagi.

Paling isitimewa yang tidak dapat ditempat lain adalah karya-karya ‘original’ daripada studio majalah ‘Lanun’ dan ‘Toin-toin’. Menurut beliau, karya-karya ‘original’ tersebut adalah karya yang telah dibuang oleh para kartunis ketika pejabat telah berpindah/tutup. Antara yang buat saya mengeletar lutut adalah karya ‘original’ daripada kartunis Tembakau.

 

 

Tags, , ,

Health & Safety Cartoon Poster Project

31-Jan-17 ini, saya pulang ke Kuala Lumpur awal biarpun masih cuti tahun Baru Cina untuk diskusi sebuah projek poster kartun di Soho Suite @ KLCC, Jalan Perak. Saya dan Maba azrul telah berjumpa dengan wakil dari syarikat perunding tersebut pada pukul 11.30 pagi.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, dan pihak tersebut. Ia merupakan projek di bawah Comicore Club dan bakal dijayakan oleh Maba Azrul.

Harap projek ini dipermudahkanNya.

 

 

Tags, , ,

Kotak-kotak buangan jadi duit poket

afia kotak

Suatu hari tu ternampak Afia main dalam kotak kosong. Teringat satu masa dulu kotak2 ni jadi sumber duit poket hampir setiap akhir sem di UUM.

Kutip kotak2 buangan di belakang the Mall UUM, kemudian di jual di blok asrama Kolej Yab (yayasan albukhary). Kotak2 digunakan oleh student2 utk simpan barang2 diakhir sem.
1) kotak2 dikemekkan dan diangkut sendiri berjalan kaki dari the mall ke kolej yab sejauh lbh kurng 1 km. Dibuat 2 3 kali pada waktu subuh atau tghmlm.
2) dijual pada harga range rm3 – rm7
3) untung bersih dalam range rm50-rm70 j.

Adalah duit sikit nk beli komik2. Oklah dari tak buat apa2 dan duk menyalahkan kerajaan. ‘Rezeki ada dimana-mana.’ #untoldstory #kisahsedih

Tags,

Permulaan yang baru

Testing

Reboot this blog.

Hope dapat istiqamah.

Terima kasih atas kujungan korang.

Peace!

 

praktis-melukis-01

Tags