Tag mie

Nostalgia Anak Kampung Bersama Kartunis Mie

Tak tahu nak ke mana musim cuti sekolah?


Jom ke Muzium Negara!

Ada pameran NOSTALGIA ANAK KAMPUNG yang sesuai dihadiri oleh seisi keluarga. Bermula pada 10 Disember 2018 dan berakhir 10 Januari 2019.

Antara yang menarik dalam pameran ini adalah pameran karya-karya COOL Kartunis MIE yang seiring ‘genre’ Nostalgia dan IMBAUAN. Terdapat  lebih 100 karya kartunis MIE buat tatapan pengunjung.

Istimewa pada Ahad ni @ 16/12/18, anda boleh bertemu dengan kartunis Mie dan beli dua edisi terkininya sambil dapat autograf bertempat di lobi utama Muzium Negara.

Siapa kartunis Mie?
– Kartun pertama terbit dalam majalah hiburan pada tahun 1976 ketika usianya cuma 15 tahun
– Mula melukis secara serius dalam majalah BATUAPI pada tahun 1984.
– Kartunis tetap di Mingguan Malaysia sejak tahun 2014 sehingga kini.
– Memegang Ijazah Sarjana Muda Senibina dari UTM dan diiktiraf sebagai Arkitek Professional dan Lembaga Arkitek Malaysia.
– Sehingga kini telah menghasilkan 6 buku komik. Antara yang mendapat perhatian adalah Imbauan dan Apa Cerita?

Jemput datang!

Sumber: https://www.facebook.com/hilmyabdullah

Tags, , , ,