Tag nazry salam

Komik Misi Tahfiz: Bila tahfiz boleh membuat komik?

Lama tak update blog ni. Sempena Ramadan, dengan besar hati saya nak kongsi pengalaman UNBOXING – membuka dan membaca ‘Komik Misi Tahfiz’ yang menjadi bestseller semasa Pesta Buku Antatarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL’17)yang lepas. Saya pre-order komik ini awal via ‘facebook’ dalam bulan April yang lepas.

 

Yes, sudah sampai di rumah Ipoh sejak beberapa minggu yang lepas, baru dapat peluang untuk membuka.

.

Cover depan.

.

Cover belakang

.

Yes! muka surat pertama, ada autograf ‘special’ daripada penulis komik ini, Ahmad Syahmi the man.

.

Antara yang cool tentang komik ini adalah, ‘team effort’ yang dimana barisan produksinya adalah idea oleh Nazry Salam & Afiq Salam, penulis – Ahmad Syahmi, pelukis – Hanza dan kaleris Imanimex.

.

Semua muka surat adalah berwarna dari mula sampai habis.

.

Komik untuk bacaan santai tetapi diselit dengan info sebenar dari penyelidikan yang mendalam team produksi.

.

Lukisan masih boleh dipertingkatkan lagi. Tetapi boleh tolak tepi buat masa ini kerana jelas ceritanya menarik dan sebuah komik yang luar kotak.

.

Kenapa korang mesti beli komik ini?

  1. Komik tentang tahfiz pertama di Malaysia.
  2. Komik yang dihasilkan secara produksi kecil yang menampilkan penulis, pelukis dan kaleris. Malah, gabungan antara lelaki dan perempuan yang jarang2 berlaku dalam komik tempatan.
  3. Komik yang terjual lebih 2,000 unit dan habis stok di PBAKL’17
  4. Komik berwarna penuh dan harga yang berpatutan.
  5. Kerana Tim Misi Nazry Salam akan hasilkan komik2 yang cool dan bestseller.

.

Kenapa korang tak mau beli komik ni?

  1. Mungkin korang rasa tak cool baca komik dakwah. Ingat korang dah rebel dan urban habis jadi geli2 nak layan komik dakwah.
  2. Mungkin korang tak sedar diri sendiri baru UP, tetapi asyik kutuk-kutuk karya orang lain je.
  3. Mungkin korang takde duit, biarpun boleh topup kredit telefon gadis pujaan hati.
  4. Mungkin korang duk cakap tentang ‘freedom’  sana sini, tetapi bila budak tafhiz mula melukis komik korang mula tak boleh terima pula.
  5. Korang konon-konon tak suka stroke ‘manga’ sebab tak Malaysia kononnya. Padahal, apa definasi stroke komik Malaysia sebenarnya? Sangat subjektif.

.

Maaf ter’emo sikit. Sekadar pandangan peribadi. Apa-apa pun buka minda dan biarkan kepelbagaian genre2 komik di Malaysia berkembang.

Sebagai penutup, saya harap kita sama-sama teruskan support komik tempatan dan majukan lagi industri kreatif Malaysia dengan karya-karya bermutu, inovatif dan kreatif. Belilah komik ‘Misi Tahfiz’ ini.

 

 

 

Tags, , , ,

Trivia Komik Misi Budak Tahfiz

.

TRIVIA ‘MISI BUDAK TAHFIZ’:

Idea komik ‘Misi Budak Tahfiz’ (MBT) ini tercetus sejak tahun 2015 sebenarnya. Lebih tepat, pada 3 Oktober 2015. Tuan Nazry menghubungi saya dan bertanya soalan yang membuatkan saya terkedu.

“Kenapa tidak buat komik berkenaan tentang tahfiz dan tajwid?”

Banyak aspek yang saya fikirkan. Layakkah saya menulis berkenaan ilmu al-Quran yang mulia ini? Apatah lagi saya bukanlah seorang penulis.

Akhirnya atas rasa yang kuat untuk berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan yang ada sebagai tenaga pengajar sekolah tahfiz, projek komik ini dimulakan.

Tim MBT terdiri daripada 3 komponen utama iaitu penulis (saya), pelukis (Hanza) dan kaleris (Imanimex).

Proses yang paling memakan masa adalah proses penghasilan jalan cerita (storyline) dan penceritaan (story-telling). Saya cuba menggambarkan suasana kehidupan pelajar tahfiz sepenuh masa, dengan pengetahuan dan teknik menghafal al-Quran secara asas. Saya sangat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan tim yang komited dan hebat, dengan bimbingan Tuan Afiq Salam dan Tuan Nazry Salam.

Saya akui, banyak kelemahan dalam karya ini, apatah lagi kami mengejar deadline yang sangat ketat di samping kerja dan karier harian masing-masing. Namun bersyukur dengan izin Allah SWT, karya ini siap juga pada waktunya. Insya-Allah, konten dan penceritaan akan lebih dimantapkan lagi pada siri akan datang. Saya belajar dan akan terus belajar.

Hasrat saya, supaya pembaca dapat sedikit sebanyak pendedahan berkenaan cara dan falsafah kehidupan di sekolah tahfiz, sebab-sebab belajar membaca al-Quran itu penting dalam kehidupan di samping penambahbaikan ibadat harian, dan kaedah asas menghafal al-Quran.

PEMBELIAN TERUS DARIPADA PENULIS:

Yang berminat mendapat ‘Misi Budak Tahfiz’, saya buka preorder bagi menyantuni sendiri para pembaca MBT. Tiap pembelian akan saya usahakan tandatangan. InsyaAllah pengeposan akan dilakukan selepas selesai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

Harga RM15.00 termasuk pos (RM9.90 sekiranya ambil sendiri).

Sila Whatsapp nombor 011-31554186 bagi membuat tempahan.

Terima kasih atas sokongan semua.

Ahmad Syahmi,
Guru Tahfiz di Institut Tahfiz Al-Quran Al-Uthmaniah Sentosa, Maran Pahang,
Penulis ‘Misi Budak Tahfiz’ terbitan Komik-M (imprint PTS).

.

sumber:- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1599992463378407&set=a.384057251638607.91048.100001030051279&type=3&theater

Tags, , , ,