Tag pekan kartun

Pekan Kartun 2017: Cabaran Komik 24 Jam

10 SEBAB KENAPA PERLU SERTAI CABARAN KOMIK 24 JAM @ PEKAN KARTUN 2017
1) Acara ini merupakan cabaran komik yang turut dijalankan di negara-negara lain seperti US, UK, Singapura dan lain2.
2) Diasaskan oleh pelukis komik U.S, Scott Mc Cloud dan beliau mengiktiraf gerakan penggiat komik Malaysia dalam cabaran komik 24 jam menerusi website http://scottmccloud.com/4-inventions/24hr/phenomenon/index.html
3) Acara cabaran komik 24 jam pertama sekali dalam DUNIA dijalankan dalam Zoo & safari bersama haiwan-haiwan yang comel.
4) Acara cabaran komik 24 jam yang bertema KOMIK HAIWAN akan dikendalikan dgn usahasama Persatuan Animasi Malaysia (Animas).
5) Hadiah utama RM1000, kedua RM500 dan ketiga RM300.
6) Akan diadili oleh 2 artis komik terkemuka Malaysia.
7) Acara komik 24 jam pertama yang mengalakkan penyertaan peserta secara berkumpulan (tidak lebih 2 orang). Bagi menggalakkan penghasilkan komik secara professional. Cth pelukis+penulis, pelukis+inker, dsbgnya.
8) Peluang menambahkan portfolio dan jaringan rakan-rakan yang dunia kreatif.
9) Makanan dan minuman disediakan sepanjang 24 jam.
10) Satu sejarah dalam menerusikan legasi penggiat komik terdahulu.

Daftar segera di sini https://goo.gl/forms/S1EAxY9LpiXrfBPB3

TEMPAT TERHAD

Tags, , , , , , ,

Pekan Kartun 2017: Perang Poster

PERANG POSTER PEKAN KARTUN #4
Hadiah pertama: RM300 | Hadiah kedua: RM200 | Hadiah ketiga: RM100

Terma & syarat;

  1. Tarikh tutup adalah pada 31/3/17 @ 11.59pm
  2. Bebas. Warna atau tidak berwarna
  3. Penyertaan tiada had, tetapi kami akan pilih 1 penyertaan terbaik.
  4. Setiap poster mesti ada logo Pekan Kartun dan bertemakan Pekan Kartun V4 : Comic Reborn. (tema berkaitan ‘komik’, dan ‘zoo taiping’ juga diterima)
  5. Semua poster yang dihantar akan digunakan untuk promosi dan dipamerkan ketika berjalannya ‘Pekan Kartun V4 : Comic Reborn’ di Zoo Taiping pada 08-09 April 2017 nanti.
  6. Lukisan mestilah yang asli dan bebas hakcipta.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  8. Sila hantarkan karya korang melalui PM atau email pekankartun@gmail.com , dengan menggunakan tajuk “Perang Poster Pekan Kartun V4” (hi-res)
  9. Makluman lanjut, sila ke page Pekan Kartun Ipoh. Tqvm 

Tags, , , , , ,

Pekan Kartun 2017: Pendaftaran Vendor, Cabaran Komik 24 Jam, Pertandingan Cosplay dan Perang Doodle

Sila klik pada pautan yang berkenaan
1) Vendor https://goo.gl/forms/VKbZLgOkPPo5O5Nd2
2) Cosplay Competition https://goo.gl/forms/To0sOIPZbIzRTx5L2
3) 24 Hours Comic Challenge https://goo.gl/forms/S1EAxY9LpiXrfBPB3
4) Doodle battle https://goo.gl/forms/rg6Et6JzaTmhHfwv2
Daftar segera!
TEMPAT TERHAD
.

Tags, , , ,

Teaser Pekan Kartun 2017: Comic Reborn! #komikmestiditeruskan

.

Moh kome!
Pekan Kartun: Comic Reborn | 8-9 April 2017 | Taiping Zoo & Night Safari

.

#komikmestiditeruskan

Tags, , , , ,

Sessi Ice Breaking dengan team Visual Art Expo

Alhamdulillah malam tadi, selesai sessi sembang santai bersama dengan emcee tersohor dalam acara ACG (Anime comic cosplay games), Shaun Lopez dan Pengarah Projek Visual Expo, Fazri Nuha. Bertempat di Mc Donald, Kidzania, Mutiara Damansara.

.

.

Banyak perkara belajar dengan mereka berdua ni yang dikatakan telah terlibat dengan acara2 berkaitan ACG sejak 2006 sehingga kini. Bab yang paling seronok, mereka ini akan memberi sokongan penuh kepada Pekan Kartun #4. Di mana, InsyaAllah, Shaun Lopez akan menjadi juruacara untuk ‘sub-event’, Giant Chess Cosplay dan Cosplay Competition (Skit).

Selain itu, mereka telah memberi cadangan untuk turut menjayakan satu lagi acara ‘sub-event’ tambahan iaitu Chili Street Figthter Challenge. Buat masa ini masih di dalam peringkat perbincangan dan pastinya team Pekan Kartun amat berbesar hati untuk memberi laluan untuk pertandingan video games diadakan di Pekan Kartun #4 yang bakal diadakan di Taiping pada 8-9 April 2017 ini ­čÖé

Tags, , , , ,

Akan Datang: Pekan Kartun – Comic Reborn!

Kemaskini lokasi terkini! Pekan Kartun Ipoh akan berada di Taiping!
Meraikan tempat kelahiran kartunis lagenda Allahyarham Rashid Asmawi (From Taiping With Love), living lejen M.Desa a.k.a Juragan, pengasas Pekomik Azhar Abdullah, otai kartun editorial Megat Abdul Wahid, rising star Azben Skymmar dan banyak lagi!

PEKAN KARTUN: COMIC REBORN! | 8-9 April 2017
1) pelancaran webkomik – online komik kartunis perak – Chor webcomic
2) cosplay giant chess
3) lego battle
4) card battle
5) doodle battle
6) comic strip jam
7) forum komik
8) cabaran komik 24 jam
9) cosplay competition
10) online poster teaser war
11) persembahan muzik
12) RPG games
13) booth jualan
14) talk & workshop
15) … dan banyak lagi

#komikmalaysia #portipoh #pekankartun

Tags,

Lengkuas’s Comic Shop @ Giant Hyper-mart, Batu Caves

6-Feb-2017 | Hari minggu ini saya tidak berkesempatan untuk balik ke Ipoh macam biasa kerana ada tugasan videografi perkahwinan di PJ dan Damansara.

Selepas selesai urusan, saya sempat singgah ke kedai jualan komik kartunis Lengkuas atau saya namakan sebagai Lengkuas’s Comic Shop. (Memandangkan lot jualan tersebut adalah untuk jangka masa panjang dan abang Lengkuas pun tidak letak apa-apa nama lagi. Hu3…) ┬áDisamping itu, saya jadikan nama tersebut sebagai tempat ‘check in‘ di media sosial. Harap boleh membantu perniagaan beliau yang semakin naik ini.

 

 

Apa-apapun, kepada kolektor-kolektor majalah dan komik tempatan mesti datang ke sini kerana banyak komik2 lokal seperti Jenama X, Skoolastik, Ujang, Bekazon, Apo?, Tik Tok dan banyak lagi komik2 terkenal. Anda semua boleh borong banyak-banyak kerana semua komik di sini dijual pada harga yang istimewa. Malah, boleh tawar-menawar jika pembelian secara borong.

 

Walaubagaimanapun, kehadiran saya di sini, bukanlah untuk membeli komik-komik beliau. Saya ke sini untuk berdiskusi dan berguru dengan beliau dalam arena komik dan kartun Malaysia. Antara topik kami adalah mengenai;

  1. Penerbitan komik CHOR
  2. Pekan Kartun #4 di Taiping – 8-9 April 2017
  3. Pengisian Hotel berkonsep Kartun Lokal di Perak
  4. …dan lain-lain

Harap semua urusan ini dipermudahkan.

Tags, , , , , , ,