Tag politik

Nan Yang Sian Pau hina Islam?

 

Akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau telah menyiarkan kartun editorial yang memaparkan dua pemimpin Melayu Islam sebagai seekor haiwan. Di dalam akhbar versi bercetak dan juga portal mereka di sini, Nanyang Siang Pau telah menyamakan Speaker Dewan Rakyat, TS Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang sebagai seekor monyet dalam bentuk kartun. Tindakan melukis serban ke atas kepala monyet yang merupakan salah satu sunnah, dan songkok yang merupakan budaya orang Melayu merupakan satu penghinaan kepada Umat Melayu Islam.

.

Rujukan http://khairulryezal.blogspot.com/2017/04/nanyang-siang-pau-kurang-ajar-letak.html

Tags, , , , , , , ,

Perniaga Online Menggunakan Karya Kartunis Megat Tanpa Izin?

Plagiarisme merupakan satu genjala yang sukar dibendung kerana tahap kesedaran yang pelbagai dikalangan masyarakat Malaysia, tertutamanya netizen (pengguna online). Di dalam kebanyakan situasi, netizen dikatakan tidak sedar mengenai isu ini disebabkan tiada pengetahuan mengenai isu tersebut atau melakukannya secara tidak sengaja.

Perkembangan internet telah merancakkan lagi gejala plagiat ini kerana sesuatu karya itu dipaparkan sebagai imej atau teks elektronik. Ini telah menjadikan proses menyalin hasil kerja orang lain dengan lebih mudah melalui teknik atau kaedah “potong dan tampal” atau “Copy & Paste” daripada sesuatu laman web.

Gejala plagiarisme juga merupakan perbuatan yang tidak beretika dan saling tak tumpah konsepnya seumpama merompak.

.

.

Terkini, lukisan kartunis Megat telah digunakan tanpa meminta izin untuk pejualan mesin vending. Malah, tandatangan beliau pada lukisan telah dipadam.

Kartunis Megat yang terkenal dengan karya kartun satira politik dan juga bekas illustrator Karangkraf sekadar menyatakan terima kasih ke atas informasi yang diberikan dan menyatakan bahawa beliau telah biasa diperlakukan sebegitu.

Kegiatan ini adalah kerana kurangnya kesedaran mengenai plagiarisme. Kebanyakan netizen tidak mengetahui erti sebenar plagiarisme. Anggapan netizen mengatakan tidak menjadi satu kesalahan menciplak hasil kerja orang lain.

Sepatutnya netizen atau penjual online haruslah kreatif dalam membuat sesuatu pengiklanan itu agar menarik ramai lagi pembeli dari segi iklan yang berkualiti, bukannya dengan menciplak atau merompak bulat-sebulat karya orang lain dan memotong tandatangan pelukis.

.

.

Tidak salah pun kalau penjual mesin vending memberi kredit dan meminta izin daripada pelukis secara terus. Malah mungkin pelukis tidak akan caj apa-apa untuk membantu peniaga tersebut.

.

.

.

sumber:- https://www.facebook.com/groups/1696996397288970/permalink/1801043370217605/?sale_post_id=1801043370217605 ,  https://www.facebook.com/feNdy.FRaNky?fref=nf&post_id=1801043370217605 & http://www.utusan.com.my/rencana/forum/plagiat-beri-kesan-negatif-kepada-pelajar-1.338032

Tags, , , , , ,

Parodi Star Wars dan Donald Duck produk terbaru kartunis Zunar

Zunar merupakan seorang kartunis yang sentiasa memiliki idea tajam dengan humor berbentuk satira. Beliau merupakan satu-satunya kartunis Malaysia yang pernah memenangi banyak anugerah daripada masyarakat antarabangsa.

Zunar atau nama penuh beliau, Zulkiflee anwar Haque kini kembali dengan produk terbaru beliau. Perkenalkan Mug ‘Donald Dedak + Steal Wars series’. Parodi Star Wars dan Donald Duck. Dapatkan koleksi Mugs ini segera. Terutama jika anda seorang kolektor tegar komik Malaysia.

 

 

Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.zunar.my/shop

.

Sumber:- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10154604542413277&set=a.123401363276.104152.528348276&type=3&theater

Tags, , , , , ,