SS Mubaruk & Brothers – Kedai Buku Lejen di Ipoh


SS MUBARUK & BROTHERS – KEDAI BUKU LEJEN IPOH
Sebelum adanya MPH dan Popular, SS MUBARUK adalah toko buku no.1 di Bandaraya Ipoh. Terletak di Jalan Sultan Yusuf atau dulu dikenali dengan Belfield Street. Berhampiran dengan Masjid Negeri, BookXcess Kong Heng dan New Centuries Bookstore.

Memang banyak nostalgia dengan SS MUBARUK yang wujud sejak tahun 1953. Dulu sinilah tempat nak cari majalah dan komik yang terkini. Contoh; Marvel, DC comic, 2000ad, Beano, Dandy, komik tempatan, komik lokal indie pun ada, dll.

Masa zaman tu harga komik US dalam RM 4 je. Tetapi selepas zaman kegawatan ekonomi 1998, komik-komik US dan komik import lain jadi mahal sehingga satu masa itu tidak lagi dijual di SS MUBARUK.

Kini, SS MUBARUK masih mendapat sambutan dan telah mendapat Anugerah Kedai Harga Patut 2016 daripada KPDNKK. Menjadi pilihan tempat utama untuk membeli buku-teks dan latihan sekolah.

Komik-komik tempatan masih dijual di sini ðŸ™‚

1 Comment

  1. Semalam (6/12/2022) ada seseorang yang saya rasakan dia adalah seorang doktor perubatan telah memberikan saya beberapa buah buku. Di antaranya terdapat 3 buah buku puisi berbahasa inggeris berkulit keras yang dicetak sekitar tahun 1967-68. Terdapat tanda cop getah di muka surat pertama yang bertulis,
    SOLD BY:-
    S. S. M. BROS. (M) LTD.,
    132, BELFIELD STREET,
    IPOH. PHONE: 3416

    Saya membuat carian di internet berkenaan Belfield Street dan terjumpa artikel ini. Semoga SS Mubaruk terus bertahan di masa akan datang.

    p/s: bila agaknya kali terakhir no telefon masih 4 angka?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*